link : Di Sebalik Nilai Kerugian Bisnes Ayam, Bayangkan Kesengsaraan Ayam Mati Terbakar
Di Sebalik Nilai Kerugian Bisnes Ayam, Bayangkan Kesengsaraan Ayam Mati Terbakar
Ayam cuma di anggap sebagai komoditi daripada kematian dan penderitaannya akibat terbakar langsung tidak dipedulikan. (Gambar: http://ift.tt/2tD7YWq)
Pada 19 Jun lalu seorang penternak ayam mendakwa kerugian kira-kira RM1.5 juta apabila reban ayam miliknya di Yong Peng, Batu Pahat, Johor musnah dalam satu kejadian kebakaran. Kebakaran pada pukul 6.45 pagi itu memusnahkan kira-kira 74,000 ekor anak ayam yang baru berusia empat hari.
Pada 24 Februari pada tahun ini juga dilaporkan 76,000 ekor ayam hangus dalam kebakaran reban ayam di Kampung Pegoh Dalam, Alor Gajah, Melaka manakala pada 24 Disember tahun lalu, kira-kira 67,000 ekor anak ayam hangus apabila dua unit reban ayam di Jalan Trosor, Kampung Sungai Bendang, Sungai Siput, Perak musnah dijilat api.
Tumpuan orang ramai dalam kejadian itu sudah pasti tentang nilai kerugian yang di alami penternak akibat kematian ayam. Berapa banyak wang yang hilang sebagai ganti kepada berapa banyak nyawa ayam yang mati?
Persoalannya, berapa ramai pula membayangkan kesengsaraan ayam terbabit berhadapan dengan kematian disebabkan terbakar hidup-hidup.
Malah, dalam keadaan kematian yang amat mengerikan itu, ayam cuma dianggap sebagai komoditi daripada kematian dan penderitaannya akibat terbakar langsung tidak dipedulikan.
AYAM PUN TAU RASA SAKIT
Mengulas perkara itu, Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), S.M. Mohamed Idris berpandangan insiden kebakaran yang membunuh beribu ekor ayam perlu dilihat secara serius kerana haiwan ternakan ini terbakar ketika masih hidup merupakan kematian yang amat menyakitkan walaupun ke atas ayam.
Menurutnya, seringkali dalam kejadian kebakaran reban ayam, tidak ramai pekerja ladang ayam yang berkemampuan untuk melakukan sesuatu bagi membantu haiwan terbabit.
"Sebaik bomba tiba sudah terlambat. Ayam ini akan terus lemas dan terbakar sehingga mati. Ayam ini di kurung dalam keadaan biasa sudah menyebabkan tekanan yang teruk, di tambah dengan kematian yang tidak dapat dielakkan oleh haba yang membakar, amat sukar untuk membayangkan nasib malang ayam itu.
"Malah, dalam keadaan kematian yang mengerikan itu, ayam masih dianggap komoditi daripada kematian dan penderitaannya tidak dipedulikan. Berita hanya menumpukan kepada kerugian meninggalkan kesakitan haiwan itu yang terbakar hidup-hidup.
"Ia merupakan satu peringatan yang nyata bahawa masyarakat lebih mementingkan keuntungan kewangan dan kerugiannya berbanding penderitaan yang dialami oleh haiwan itu," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Tambahnya, walaupun ayam ditakdirkan untuk menjadi hidangan untuk dijamah seperti lembu, kambing, biri-biri dan itik, ia merupakan haiwan hidup yang dapat mengalami rasa takut dan sakit serta berhak untuk dilindungi daripada keseksaan terbakar hidup-hidup.
PASANG LOCENG AMARAN, PENGESAN ASAP
Sehubungan itu, S.M. Mohamed menyeru supaya kemudahan perniagaan pertanian seperti bangunan, bangsal atau reban ayam mengambil kira tentang isu kebakaran bagi memastikan ayam tidak mati terseksa apabila berlaku kebakaran.
Ujarnya, kematian haiwan akibat terbakar kerana tiada cara untuk melepaskan diri merupakan manifestasi sistem makanan yang gagal untuk mengakui ayam sebagai haiwan yang sensitif. Masyarakat sekurang-kurangnya perlu memastikan bahawa ayam tidak akan terbakar hidup-hidup atau mati kelemasan sebelum haiwan itu di sembelih untuk menjadi hidangan makanan.
"Selagi budaya kita terus melihat haiwan ternakan sebagai komoditi, ini akan membenarkan petani untuk menolak haiwan ini sebagai tidak layak dilindungi daripada bahaya seperti kebakaran.
"Dalam masyarakat yang dianggap bertamadun dan berperikemanusiaan perkara ini tidak boleh diterima. Tiada alasan kenapa langkah pencegahan tidak boleh dilakukan dalam bentuk paling mudah seperti loceng amaran dan pengesan asap," katanya.
PERMINTAAN MENINGKAT
Beberapa tahun lalu permintaan terhadap ayam di Malaysia pada hari biasa dilaporkan sekitar 1.2 juta sehari dan ia akan melonjak kepada 2.2 juta hingga 2.4 juta ekor sehari menjelang musim perayaan. Tahun ini pula permintaan terhadap ayam sudah tentu bertambah.
"Haiwan ternakan seperti ayam memberikan bekalan makanan untuk rakyat Malaysia," kata S.M. Mohamed mengingatkan masyarakat tentang kepentingan ayam.
Harga ayam hidup ketika ini sekitar RM5.70 sekilogram (borong) dan RM6.20 sekilogram (runcit) manakala ayam yang sudah disembelih dan dibersihkan pula ditetapkan pada harga RM6.70 sekilogram (borong) dan RM7.50 (runcit)
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Di Sebalik Nilai Kerugian Bisnes Ayam, Bayangkan Kesengsaraan Ayam Mati Terbakar
Anda sekarang membaca artikel Di Sebalik Nilai Kerugian Bisnes Ayam, Bayangkan Kesengsaraan Ayam Mati Terbakar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/di-sebalik-nilai-kerugian-bisnes-ayam_3.html