Didakwa bunuh bapa

Didakwa bunuh bapa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Didakwa bunuh bapa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Didakwa bunuh bapa
link : Didakwa bunuh bapa

Baca juga


Didakwa bunuh bapa

LELAKI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu, hari ini atas pertuduhan mengelar bapanya hingga mati di FELDA Lui Timur, 2 Julai lalu.

Tertuduh, Mohamad Nazri Abdullah, 44, yang berpakaian lokap polis tiba di mahkamah pada 9.15 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan 9 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Selain itu, mahkamah juga memberitahu kes dipindahkan ke Mahkamah Majistret Bahau bagi membolehkan pihak pendakwaraya menunggu laporan forensik dan kimia.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Media sebelum ini melaporkan, suspek dipercayai membunuh bapanya dengan mengelar leher dan menetak belakang kepala serta belakang badan menggunakan parang dalam pergaduhan, 10.30 malam itu.

Mangsa, S Valaytham, 73, yang juga peneroka tanah rancangan ditemui anggota polis peronda yang ke rumah mangsa selepas menerima maklumat daripada jiran mengenai pergaduhan itu.

Suspek yang juga anak ketiga daripada enam beradik dipercayai meminta wang daripada bapanya tetapi tidak diendahkan menyebabkan dia dipercayai bertindak demikian.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Didakwa bunuh bapa

Sekianlah artikel Didakwa bunuh bapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Didakwa bunuh bapa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/didakwa-bunuh-bapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :