Doakan Aqmal, semoga segera pulang

Doakan Aqmal, semoga segera pulang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Doakan Aqmal, semoga segera pulang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Doakan Aqmal, semoga segera pulang
link : Doakan Aqmal, semoga segera pulang

Baca juga


Doakan Aqmal, semoga segera pulang

Budak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri hilang selepas keluar dari Pusat Tahfiz Al Azizah, Taman Keramat, Kuala Lumpur, 2 petang, semalam.

Menurut ibunya, Nor Laily Zakaria, 37, anak sulungnya, Aqmal Khaleq Firman Hasani, hilang bersama seorang lagi rakan lelaki berusia 13 tahun.

Katanya, kehilangan mereka disedari seorang ustaz sebelum memulakan kelas apabila menyedari kedua-dua pelajar berkenaan tidak berada di kelas.

"Sebaik dimaklumkan oleh pihak pengurusan pusat tahfiz berkenaan mengenai kehilangan anak, kami terus cuba mencari di kawasan sekitar.

"Sehingga jam 12 tengah malam tadi, kami masih belum menemui mereka walaupun usaha mencari diluaskan sehingga ke Cheras, Kuala Lumpur," katanya.

Berita kehilangan Aqmal menjadi tular di WhatsApp sejak malam tadi yang mengaitkan kejadian itu sebagai kes culik.

Bagaimanapun, Nor Laily menafikan dakwaan itu dan percaya Aqmal dan rakannya tidak diculik, sebaliknya hanya menghilangkan diri.

"Saya menafikan kehilangan mereka berkaitan dengan kes culik seperti yang tular di WhatsApp.

"Saya percaya mereka hanya menghilangkan diri dan merayu supaya mereka pulang semula ke rumah," katanya yang memaklumkan pihaknya belum membuat laporan polis berikutan kehilangan Aqmal Khaleq belum sampai 24 jam.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya diminta tampil ke balai polis berhampiran.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Doakan Aqmal, semoga segera pulang

Sekianlah artikel Doakan Aqmal, semoga segera pulang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Doakan Aqmal, semoga segera pulang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/doakan-aqmal-semoga-segera-pulang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :