Dr Mahathir lagi penting dari penyokong – PKR...KEna Tsunami POlitik PH Baru Lah Tahu

Dr Mahathir lagi penting dari penyokong – PKR...KEna Tsunami POlitik PH Baru Lah Tahu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Mahathir lagi penting dari penyokong – PKR...KEna Tsunami POlitik PH Baru Lah Tahu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir lagi penting dari penyokong – PKR...KEna Tsunami POlitik PH Baru Lah Tahu
link : Dr Mahathir lagi penting dari penyokong – PKR...KEna Tsunami POlitik PH Baru Lah Tahu

Baca juga


Dr Mahathir lagi penting dari penyokong – PKR...KEna Tsunami POlitik PH Baru Lah Tahu

Dikatakan BODOH Jugak kepada Penyokong MADEY...walaupun MADEY Join menjadi sekutu DAP tetap diikuti jugak. 

Pimpinan pembangkang terus tidak mengendahkan bantahan keras penyokong setia mereka mereka sejak zaman reformasi yang tidak bersetuju perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail, tawaran terkini PH adalah jauh lebih penting daripada ‘menoleh ke belakang dan bercakap tentang sejarah lampau’.

Bagaimanapun beliau menyifatkan ianya adalah lumrah dalam arena politik jika ramai yang membantah perlantikan Dr Mahathir.

“Kalau kita bercakap tentang sejarah lampau, kita tak bergerak ke depan.

“Jadi saya takkan layan sebarang soalan berkaitan perkara lampau.

“Tumpuan sekarang adalah tawaran yang PH nak buat. Itu lebih penting,” katanya.

Pada Selasa lalu, rata-rata penyokong pembangkang yang hadir di Forum Mahathir Agen Perubahan atau Agen Pemusnah anjuran Kelab Bangsar Utama menzahirkan bantahan dan masih berbelah bahagi terhadap keputusan PH melantik Dr Mahathir selaku Pengerusi gabungan berkenaan.

Majoriti hadirin mempertikaikan jawatan yang diberikan kepada bekas Presiden UMNO itu serta kenapa perlu bergantung kepada ahli politik berusia 92 tahun itu.

Antaranya yang membantah keras adalah Setiausaha Agung PSM, S Arutchevam yang bertindak membidas Hishamuddin Rais yang juga merupakan salah seorang ahli panel yang menyokong kehadiran Dr Mahathir dalam Pakatan Harapan.

Hishamuddin merupakan salah seorang aktivis yang bersama dengan Otai Reformis serta lantang membantah kezaliman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Sebelum itu, Setiausaha Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail meletak jawatan dan bercadang menentang calon Pakatan Harapan pada pilihanraya umum.

Pada Jumaat lalu, Dr Mahathir selaku pengerusi PH membuat keputusan tidak menamakan Anwar sebagai Ketua Umum PH dalam perlembagaan yang diserahkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

Meskipun 14 Julai lalu, semua pimpinan PH sudah memutuskan Anwar sebagai Ketua Umum, namun semua pihak termasuk DAP dan PKR sendiri tidak mampu bersuara atau membantah keputusan yang dibuat bekas Perdana Menteri itu.


Demikianlah Artikel Dr Mahathir lagi penting dari penyokong – PKR...KEna Tsunami POlitik PH Baru Lah Tahu

Sekianlah artikel Dr Mahathir lagi penting dari penyokong – PKR...KEna Tsunami POlitik PH Baru Lah Tahu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir lagi penting dari penyokong – PKR...KEna Tsunami POlitik PH Baru Lah Tahu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/dr-mahathir-lagi-penting-dari-penyokong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :