Dua beranak maut [METROTV]

Dua beranak maut [METROTV] - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua beranak maut [METROTV], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua beranak maut [METROTV]
link : Dua beranak maut [METROTV]

Baca juga


Dua beranak maut [METROTV]

DUA beranak termasuk bayi berusia tujuh bulan maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 65, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Dungun, hari ini.

Dalam kemalangan 1.40 tengah hari, Nurbani Fartini Ahmad Farnizar, 25, yang parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayinya, Nur Fauzana Mohd Nazrin berusia tujuh bulan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Dungun.

Difahamkan, dua beranak terbabit yang duduk di sebelah pemandu tercampak keluar daripada kereta dipandu suami mangsa, Mohd Nazrin Nizam, 25.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki tiga beranak dari arah Kuala Terengganu ke Dungun terbabas selepas tayar belakang kereta itu meletup.

Akibat kejadian itu, kereta berkenaan merempuh tiang elektrik di atas pembahagi jalan sebelum terbalik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat manakala pemandu kereta berkenaan yang tinggal di Kampung Pulau Serai, dekat sini hanya cedera ringan.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dua beranak maut [METROTV]

Sekianlah artikel Dua beranak maut [METROTV] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua beranak maut [METROTV] dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/dua-beranak-maut-metrotv.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :