Dulu Kutip, Sekarang Giliran Khai Bahar Pula Bagi Duit Raya

Dulu Kutip, Sekarang Giliran Khai Bahar Pula Bagi Duit Raya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dulu Kutip, Sekarang Giliran Khai Bahar Pula Bagi Duit Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dulu Kutip, Sekarang Giliran Khai Bahar Pula Bagi Duit Raya
link : Dulu Kutip, Sekarang Giliran Khai Bahar Pula Bagi Duit Raya

Baca juga


Dulu Kutip, Sekarang Giliran Khai Bahar Pula Bagi Duit Raya

Dulu Kutip, Sekarang Giliran Khai Bahar Pula Bagi Duit Raya

Khai Bahar teringat zaman kecil kutip duit raya. (Gambar: Mohamad Bakar)

Memori kutip duit raya ketika zaman kanak-kanak masih berbekas di hati penyanyi muda kegilaan ramai masa kini, Khai Bahar. Siapapun yang sudah meningkat dewasa pasti akan sentiasa terkenang dan melalui kenangan sama seperti mana penyanyi lagu Bayang itu.

Pemenang Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu berkongsi pengalaman manis beraya ketika dia masih kanak-kanak.

Tumpuan raya lebih kepada keluarga tersayang.

“Saya rasa keterujaan raya itu akan lebih kepada golongan kanak-kanak. Merekalah yang untung kerana dapat kutip duit raya. Tapi bagi saya kini tumpuan dan keutamaan lebih kepada meraikan lebaran itu bersama keluarga tersayang. Iyalah saban waktu sejak bergelar artis, masa itu agak terbatas dan tak selalu dapat pulang ke kampung.

Kayuh basikal kumpul duit raya.

“Jadi saya memang nak manfaatkan waktu beraya ini sehabis baik. Tapi memori beraya masa kecil itu pasti saya ingat sampai bila-bila. Saban tahun beraya ketika kecil, memang saya akan beraya dengan kawan. Yang saya tak boleh lupa pernah ketika dalam darjah empat. Saya dan kawan kayuh ‘gerek’ (bahasa Utara) atau basikal untuk kutip duit raya dari rumah ke rumah.

Indah beraya di zaman kanak-kanak.

“Kami beraya sampai tak sedar jauh dari kawasan rumah. Tapi yang paling seronok ketika itu, saya dapat kumpul duit raya hampir RM200. Saat itu nilai berkenaan cukup besar ya amat. Selalunya juga kebanyakan kanak-kanak seperti saya masa itu, bukan nak makan pun. Cukup beraya dan kumpul duit raya sudah memadai,” katanya.

Seperti tahun kebiasaannya, Khai atau nama sebenarnya, Muhamad Khairul Baharudin akan pulang beraya di Kangar Perlis.

Kenduri kesyukuran raya ketiga.

“Saya juga mengadakan kenduri kesyukuran raya ketiga nanti. Tapi buat secara kecil kecilan sahaja.

“Tahun ini berkemungkinan besar warna hijau akan jadi tema baju raya saya sekeluarga. Saya pun ada belikan baju raya untuk mak dan abah serta kakak. Menu seperti kuih goyang, nasi impit dan kuih wajik antara kegemaran saya setiap kali raya.

“Tahun ini pun saya ada peruntukkan duit raya untuk mak ayah, anak buah dan sanak saudara,” katanya.

Tahun kedua bergelar artis, Khai tahun ini juga muncul dengan lagu raya sendiri berjudul Salam Syawal.

Bakal muncul dengan album penuh.

“Selama ini, lagu raya memang akan buat mood kita nak beraya jadi lebih bertambah. Lagu penyanyi lama dan baru, semua saya gemari. Tapi tak sangka pula tahun ini saya ada lagu raya sendiri.

”Lagu ini saya anggap sangat unik kerana sekali dengar mungkin tak akan rasa ia sebuah lagu raya. Ia ada campuran melodi zaman 90-an yang dicampur dengan mood raya. Harap peminat boleh mendengarnya di corong radio dan laman YouTube,” katanya yang sedang merangka untuk muncul dengan album penuh tak lama lagi.

Busana: Jubah Hijau dari Rifal Exclusive (Instagram: @rifaiexclusive)
terima kasih Amir Naufal dan Mohd Fekri Ahmad

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dulu Kutip, Sekarang Giliran Khai Bahar Pula Bagi Duit Raya

Sekianlah artikel Dulu Kutip, Sekarang Giliran Khai Bahar Pula Bagi Duit Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dulu Kutip, Sekarang Giliran Khai Bahar Pula Bagi Duit Raya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/dulu-kutip-sekarang-giliran-khai-bahar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :