link : EKSPRESI FELDA BERMULA DENGAN PENUH MEGAH
EKSPRESI FELDA BERMULA DENGAN PENUH MEGAH
Sambutan Hari Peneroka Felda 2017 peringkat kebangsaan, atau Ekspresi Negaraku Felda Malaysia, bermula dengan meriah di sepanjang Dataran dan Persiaran Presint 3, Putrajaya hari ini.
Ekspresi Felda itu bermula hari ini sehingga Ahad.
Sambutan ini adalah yang terbesar kerana ia menggabungkan pelbagai agensi dan kementerian. Dijangkakan lebih 50,000 pengunjung serta warga Felda dari seluruh negara akan memeriahkan sambutan kali ini.
Pelbagai pengisian dan aktiviti diadakan termasuk karnival jualan murah barangan keperluan, jualan makanan, jualan murah buah-buahan tempatan, pameran selain program Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama belia FELDA akan diadakan.
Selain itu, kepada peminat Upin dan Ipin, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan Ultraman Ribut yang pernah berkolaborasi dengan Upin Ipin.
Ultraman Ribut muncul dalam tiga episod Upin Ipin. Selain itu, Asyiela Putri, 16, yang meminjamkan suara uniknya untuk karakter Upin dan Ipin akan turut muncul pada sambutan hari peneroka ini.
Di samping itu, kepada kaum ibu yang ingin bertemu secara lebih dekat dengan chef Wan, boleh mengunjungi acara ini dalam acara memasak Dapur Felda.
Itu bagi kaum ibu dan kanak-kanak. Untuk yang lain pula, pertandingan dikir barat, zumba, pertandingan filem pendek, futsal, perlawanan bola sepak antara Felda United FC dan serta konsep Ekspresi Negaraku melibatkan artis Felda dan selebriti tanah air akan diadakan.
Namun lebih utama sempena sambutan ini adalah amanat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan menyampaikan mesej penting kepada peneroka Felda.
Beliau dijangka mengumumkan berita gembira kepada warga Felda dan pengumuman itu antara lain akan menyentuh mengenai langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan golongan peneroka Felda.

Demikianlah Artikel EKSPRESI FELDA BERMULA DENGAN PENUH MEGAH
Sekianlah artikel EKSPRESI FELDA BERMULA DENGAN PENUH MEGAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel EKSPRESI FELDA BERMULA DENGAN PENUH MEGAH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ekspresi-felda-bermula-dengan-penuh.html