link : Empat jam dah kena cekup
Empat jam dah kena cekup
TIDAK sampai empat jam kedai emas dalam sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, dirompak pagi ini, tujuh lelaki dipercayai melakukan rompakan terbabit ditahan di Kampung Lalang, Ampang Tenang di Dengkil, Sepang.
Mereka disyaki terbabit dalam rompakan kedai emas berkenaan pada 10.40 pagi dan polis menahan mereka di sebuah rumah di Dengkil, pada 2 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, penahanan suspek hasil maklumat yang membawa polis sehingga ke rumah berkenaan.
“Kita sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian dan buat masa ini, kami tidak dapat memberi maklumat terperinci mengenai kes berkenaan.
“Polis menemui sejumlah barang kemas, penukul dan senjata api,” katanya ketika ditemui di Kampung Lalang, Ampar Tenang di Dengkil, hari ini.
Portal berita Harian Metro ini melaporkan, kedai emas di sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, itu dirompak empat lelaki bertopi keledar bersenjatakan pistol pada 10.40 pagi, hari ini.
Difahamkan beberapa das tembakan juga dilepaskan dalam rompakan itu.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Empat jam dah kena cekup
Anda sekarang membaca artikel Empat jam dah kena cekup dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/empat-jam-dah-kena-cekup.html