link : Episod Hitam: Sampai Bila?
Episod Hitam: Sampai Bila?
MENYELUSURI laporan harian di dada-dada akhbar, buli dan dera kian menunjukkan trend peningkatan yang mendadak. Persolannnya, kenapa isu ini semakin menjadi-jadi? Adakah masyarakat pada hari ini sudah kurang rasa perikemanusiaan dalam diri?
Sebagai permulaan, ibu bapa sebagai “suri teladan” kepada anak-anak seharusnya menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pewaris mereka sejak dari usia muda lagi. Ibu bapa tidak seharusnya kalah dengan permintaan anak-anak. Ingatlah pesanan DYMM Sultan Johor, “biar anak yang menangis, jangan kita yang menangis di kemudian hari”.
Menjadi trend pada hari raya, terdapat sebahagian ibu bapa yang leka berbual dengan saudara-mara serta sahabat handai telah memomokkan anak-anak mereka dengan telefon pintar agar anak mereka lebih tenang. Adakah paparan pada telefon pintar dapat membekalkan imej positif pada kanak-kanak di masa akan datang?
Selain itu, mahasiswa sebagai pewaris tampuk pemerintahan negara seharusnya berfikiran matang dalam membuat keputusan yang rasional. Adakah dengan buli dan “pukul sampai mati” adalah jalan penyelesaian terbaik? Beginikah sikap yang perlu ada dalam diri bakal pemimpin kepada lebih 30 juta warganegaranya?
Renung-renungkan…
Ingatlah, isu ini tidak perlu dituding hanya pada beberapa pihak sahaja. Kita semua seharusnya mengambil tanggungjawab dalam mengubah pemikiran masyarakat agar lebih matang dalam membuat keputusan.
Ayuh semua! marilah kita bersama-sama membanteras segala anasir negatif dari terus menjadi nanah dalam pembentukan sebuah negara maju menjelang 2020.
#laskarmalaya
Loading...
Demikianlah Artikel Episod Hitam: Sampai Bila?
Anda sekarang membaca artikel Episod Hitam: Sampai Bila? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/episod-hitam-sampai-bila.html