Erma Kesal Ada Mahu Tampar Sebab Silap Loghat Utara

Erma Kesal Ada Mahu Tampar Sebab Silap Loghat Utara - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Erma Kesal Ada Mahu Tampar Sebab Silap Loghat Utara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Erma Kesal Ada Mahu Tampar Sebab Silap Loghat Utara
link : Erma Kesal Ada Mahu Tampar Sebab Silap Loghat Utara

Baca juga


Erma Kesal Ada Mahu Tampar Sebab Silap Loghat Utara

MARAH benar anak jati Kedah dengan gaya percakapan loghat Utara dalam program Raya Sakan Mak Cun yang ditayangkan stesen TV3 pada 24 Jun lalu sempena dengan Aidilfitri baru-baru ini.

Pelbagai kritikan pedas turut diberikan terhadap semua barisan pelakon sehingga mereka menganggap loghat Utara yang disampaikan agak ‘keterlaluan’ sehingga ia kedengaran sebagai penghinaan kepada penduduk Utara.

Ekoran itu ada pula pihak yang ingin tampar muka watak utama program tersebut Mak Cun yang dipegang oleh aktres dan pengarah terkenal, Erma Fatima kerana berasa tidak berpuas hati dengan rancangan berkenaan.

Erma, 49, bagaimanapun ketika dihubungi portal mStar Online meluahkan perasaan kesal dengan tindakan biadab segelintir pihak yang menghentam program itu sehingga ada netizen berhasrat hendak menampar mukanya!

Kata pemilik nama penuh Fatimah Rahmad Ali itu, dia sebenarnya sentiasa terbuka terhadap sebarang teguran dan kritikan membina bagi memperbaiki kelemahan yang ada pada Mak Cun, namun biarlah ia kena dengan gayanya.

“Kenapa pula hendak menampar saya? Orang Melayu berbudi bahasa, orang salah ditegur, diajar… gengster bukan budaya kita. Salah sikit je nak pukul nanti makin banyak anak-anak kita jadi pembuli. Jadi jangan tampar Mak Cun.

“Kesian Mak Cun dah tua,” kata Erma sebagai cuba menagih simpati. Menerusi rancangan komedi itu, beliau bergandingan bersama-sama aktor veteran, Datuk Rahim Razali yang memegang watak sebagai Pak Akob.

Namun ujarnya yang kini berada di Milan, Itali, beliau memohon maaf jika ada pihak terguris gara-gara tidak puas hati dengan gaya percakapan Utara itu kerana sudah memberikan yang terbaik untuk program khas tersebut.

“Kepada yang marah saya tu, saya minta maaf. Saya hanya berlakon dan cuba berikan yang terbaik. Sampaikan juga salam maaf saya pada yang nak tampar muka saya. Kami yang berlakon dalam Mak Cun semua bukan orang Utara.

“Jadi memang makan masa hendak fasih loghat Kedah,” katanya. Dirisik mengenai pemergiannya ke Itali, Erma bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun pengikutnya di Instagram meneka ia ada kaitan dengan Mak Cun.

“Hahhhhh… Mak Cun ada misi baru. Hangpa nak tau tak Mak Cun pi mana? Bye semua, sedih Mak Cun tak dapat nak raya kat Malaysia puas-puas demi tugas. Pertama kali raya di luar negeri… tak suka,” tulisnya di Instagram.

Raya Sakan Mak Cun yang ditayangkan secara langsung itu menampilkan gandingan pelakon lain termasuk Atul (Balkisy Samundur Khan), Manisah (Datin Umie Aida) dan Kumin (Adik Haidar). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Erma Kesal Ada Mahu Tampar Sebab Silap Loghat Utara

Sekianlah artikel Erma Kesal Ada Mahu Tampar Sebab Silap Loghat Utara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Erma Kesal Ada Mahu Tampar Sebab Silap Loghat Utara dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/erma-kesal-ada-mahu-tampar-sebab-silap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :