link : Exco gesa pemimpin Bersatu bersihkan nama
Exco gesa pemimpin Bersatu bersihkan nama
Pemimpin tertinggi Bersatu didesak untuk segera membersihkan nama masing-masing sebelum menuding jari kepada orang lain.
Exco Armada Pusat, Muhammad Hafiz Azhar berkata, sudah banyak persoalan ditanyakan kepada ketiga-tiga kepimpinan tertinggi Bersatu namun sehingga kini masih tiada jawapan yang diterima.
“Di sini, kami ingin mendesak Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamed, Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk tampil menjelaskan persoalan kami ini.
“Antara persoalan-persoalan yang kami utarakan ialah mengenai kekayaan luar biasa anak-anak Tun dan juga skandal yang terpalit oleh Muhyiddin dan Mahathir sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Exco Armada Pusat, Abd Wahazir Abd Wahabi sebelum ini pernah mendesak Mahathir dan Muhyiddin supaya tampil secara terbuka memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu mengaitkan diri mereka.
Mengulas lanjut, Muhammad Hafiz berkata, jika tiada jawapan diterima, beliau akan menggunakan platform program ‘Nothing To Hide’ yang ura-uranya bakal didakan pertengahan Ogos nanti untuk mendapatkan penjelasan yang ditunggu-tunggu.
“Kami dapat maklumat akan ada program forum tersebut dan Tun merupakan salah seorang yang akan hadir, justeru, kami ingin bertanyakan soalan ini secara terus kepada beliau.
“Sebelum ini, kami hanya menggunakan medium kumpulan WhatsApp yang turut disertai Ketua Armada Bersatu, Syed Syaddiq Syed Abd Rahman namun tiada jawapan.
“Selain itu, kami turut berharap agar Muhyiddin akan menjadi salah seorang panel supaya forum tersebut akan menjadi medan buat akar umbi mendapat penjelasan sepatutnya,” katanya lagi.
The post Exco gesa pemimpin Bersatu bersihkan nama appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Exco gesa pemimpin Bersatu bersihkan nama
Anda sekarang membaca artikel Exco gesa pemimpin Bersatu bersihkan nama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/exco-gesa-pemimpin-bersatu-bersihkan.html