Faizal Tahir, Demi Projek Amal

Faizal Tahir, Demi Projek Amal - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Faizal Tahir, Demi Projek Amal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Faizal Tahir, Demi Projek Amal
link : Faizal Tahir, Demi Projek Amal

Baca juga


Faizal Tahir, Demi Projek Amal

FAIZAL Tahir berkata dia sengaja memperlahankan aktiviti seninya pada tahun ini agar setiap projek amal yang dirangka bersama #iAMFAITHMEN dapat diberi perhatian.

Katanya, pada tahun ini terlalu banyak projek yang dirancang sejak aktiviti itu mendapat sokongan banyak pihak dan pengiktirafan.

“Ya, tahun ni saya memang perlahankan urusan seni demi #iAMFAITHMEN kerana terlalu banyak projek yang dirancang sejak organisasi ini diiktiraf Jabatan Perdana Menteri setahun lalu.

“Terbaru, #iAMFAITHMEN dengan kerjasama pusat karaoke Red Box dan Awang Brand selaku penaja kempen Raikan Raya, telah memberi saya peluang untuk bersama-sama warga emas Rumah Sri Mesra di mana saya berpeluang memasak sendiri menu yang disediakan,” katanya .

Faizal ditemui di majlis rumah terbuka dan penyampaian cek Raikan Raya sempena Syawal kepada Pusat Jagaan Sri Mesra, Ampang, pada Rabu.

Majlis turut dihadiri pengasas Pusat Jagaan Warga Emas Sri Mesra, Faezah Ali dan 15  warga emas yang diraikan.

Tambahnya, majlis tersebut merupakan penutup kepada kempen program kebajikan ‘Raikan Raya’ – Hantar Kad Ucapan Pada Yang Tersayang Sambil Menderma yang dijayakan pada 15 Mei lalu.

Melalui program berkenaan, pihak Red Box berjaya mengutip sebanyak RM15,252 untuk diserahkan kepada #iAMFAITHMEN sebagai persatuan yang akan mengumpul dana kebajikan pihak warga emas di Rumah Sri Mesra.

The post Faizal Tahir, Demi Projek Amal appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Faizal Tahir, Demi Projek Amal

Sekianlah artikel Faizal Tahir, Demi Projek Amal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Faizal Tahir, Demi Projek Amal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/faizal-tahir-demi-projek-amal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :