Felcra Yakin Raih Hasil RM2 Bilion Tahun Ini

Felcra Yakin Raih Hasil RM2 Bilion Tahun Ini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Felcra Yakin Raih Hasil RM2 Bilion Tahun Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felcra Yakin Raih Hasil RM2 Bilion Tahun Ini
link : Felcra Yakin Raih Hasil RM2 Bilion Tahun Ini

Baca juga


Felcra Yakin Raih Hasil RM2 Bilion Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Felcra Bhd yakin dapat meraih hasil sebanyak RM2 bilion dalam tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, Felcra juga menjangkakan bayaran dividen kepada peserta akan bertambah berikutan harga minyak sawit serta pengurusan organisasi yang lebih baik.

“Fokus utama Felcra masih tertumpu kepada sektor perladangan dan pertanian, dan pada tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Felcra telah dipertanggungjawabkan bagi mewujudkan keselamatan makanan di negara ini, dengan fokus ke atas industri pertanian seperti daging dan penternakan ayam,” katanya semasa rumah terbuka Hari Raya Felcra di Wisma Felcra hari ini.

Pengerusi FELCRA, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata mereka telah mula menggariskan pelan tindakan keselamatan makanan, sambil menambah bahawa kerajaan negeri Sarawak juga telah meminta untuk rancangan tersebut dilaksanakan di negeri ini.

Katanya, ganjaran bagi pelaksanaan keselamatan makanan adalah agak lumayan.

“Kami masih tidak mempunyai apa-apa angka lagi tetapi kami memerlukan sejumlah 80,000 hektar di seluruh Malaysia untuk melaksanakan rancangan keselamatan makanan,” katanya, sambil menambah bahawa import makanan di Malaysia sudah semakin melonjak pada setiap tahun, dengan rekod sebanyak RM45.6 bilion dalam tahun lepas.

“Kami ramalkan ia akan menokok kepada RM47 bilion pada tahun ini dan kami mahu kurangkan lima peratus daripada jumlah tersebut dalam tempoh setahun,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Felcra Yakin Raih Hasil RM2 Bilion Tahun Ini

Sekianlah artikel Felcra Yakin Raih Hasil RM2 Bilion Tahun Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Felcra Yakin Raih Hasil RM2 Bilion Tahun Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/felcra-yakin-raih-hasil-rm2-bilion.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :