Felda United Pemangkin Sukan Futsal Wanita

Felda United Pemangkin Sukan Futsal Wanita - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Felda United Pemangkin Sukan Futsal Wanita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felda United Pemangkin Sukan Futsal Wanita
link : Felda United Pemangkin Sukan Futsal Wanita

Baca juga


Felda United Pemangkin Sukan Futsal Wanita

KELAB Felda United jelas menjadi pemangkin pembangunan generasi muda dalam sukan futsal negara terutama wanita dengan dua kejayaan besar mereka sepanjang tahun ini.

Pada Mei lalu, skuad futsal bimbingan Rozmin Musa muncul juara baharu Liga Felda Kebangsaan (LFK) 2017 di Tanjung Malim, Perak selepas mengumpul 28 mata tanpa kalah daripada 10 perlawanan.

Mereka menewaskan pencabar utama, Kuala Lumpur Ally Group 4-2 dalam perlawanan terakhir liga di Arena Universiti Perguruan Sultan Idris sekali gus mengaut hadiah wang tunai RM80,000 selaku juara.

Satu bonus juga diperoleh Felda United apabila pemainnya, Siti Asnidah Zamri dinobatkan Pemain Terbaik Wanita LFK.

Keunggulan Felda United yang memenangi sembilan perlawanan liga dan seri sekali kemudian turut menambat hati jurulatih negara, Muizzudin Mohd. Haris yang menamakan 10 pemain mereka bagi latihan fasa akhir Program Kita Juara Sukan SEA 2017.

Siti Asnidah mengetuai pemain Felda United yang tersenarai kalangan 18 pemain negara itu selain Zur’ain Kamarudin, Nor Faizah Md. Akhir, Farahiyah Muhd. Ridzuan, Norhawa Md. Yasin dan Nur Shazreen Munazli.

Lain-lain termasuk Hanis Farhana Shamsul Azizan, Fatin Shahida Azmi, Nur Izwani Azman dan Farah Najihah Abdul Aziz.

Selaku tuan rumah, skuad negara mempunyai kelebihan gelanggang sendiri untuk merebut sekurang-kurangnya sebutir pingat gangsa Sukan SEA dalam saingan liga sepusingan.

Pilihan utama pastilah Thailand diikuti Vietnam, Myanmar dan Indonesia namun skuad negara pernah meraih gangsa dalam Sukan SEA Naypyitaw 2013.

Enam pemain Felda United ketika bergelar ketiga terbaik pada temasya dwitahunan rantau Asia Tenggara itu yang masih dalam skuad pelatih negara sekarang ialah Farah, Norhawa, Farahiyah, Fatin dan Hanis serta Shazreen.

Mereka berjaya mengalahkan Myanmar 4-2, Vietnam 3-2, seri dengan Indonesia 1-1 dan ditewaskan Thailand 3-1.

Justeru pengalaman mereka antaranya tiga jaringan Hanis di Naypyitaw dianggap bakal banyak membantu memantapkan cabaran Malaysia.

Farahiyah pula masih ditagih sentuhan berbisa seperti yang dipamerkan ketika bergelar Penjaring Terbanyak selain membantu skuad negara meraih tempat ketiga Kejohanan Asia 2015 di Nilai, Negeri Sembilan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Felda United Pemangkin Sukan Futsal Wanita

Sekianlah artikel Felda United Pemangkin Sukan Futsal Wanita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Felda United Pemangkin Sukan Futsal Wanita dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/felda-united-pemangkin-sukan-futsal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :