Festival Makanan Sabah Ketengah Juadah Tradisional

Festival Makanan Sabah Ketengah Juadah Tradisional - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Festival Makanan Sabah Ketengah Juadah Tradisional, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Festival Makanan Sabah Ketengah Juadah Tradisional
link : Festival Makanan Sabah Ketengah Juadah Tradisional

Baca juga


Festival Makanan Sabah Ketengah Juadah Tradisional

KOTA KINABALU – Festival Makanan Tradisi Sabah 2017 mampu menjadi platform untuk  mempromosi dan mengetengahkan makanan tradisional negeri ini, kata Penolong Pegawai Daerah Penampang Henry Idol.

Beliau berkata menerusi acara itu, pengendali dan pengusaha makanan di Sabah dapat mempamerkan hidangan masing-masing kepada orang ramai.

“Inilah masanya untuk meneroka kepelbagaian rasa makanan-makanan istimewa tradisi Sabah yang bukan sahaja unik, tetapi mampu memperkenalkan suku kaum dan budaya di negeri ini.

“Makanan tradisional ini juga turut memperihalkan identiti masyarakat atau daerah di Sabah kerana setiap daerah di negeri ini terkenal dengan makanan tradisinya. Contohnya, daerah Penampang terkenal dengan hidangan tradisional istimewa hinava,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan festival itu di perkarangan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang, dekat sini hari ini.

Festival Makanan Tradisi Sabah 2017 yang bermula hari ini hingga Ahad itu, dianjurkan oleh Junior Chamber International (JCI) Penampang dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, sempena Program Tugu Budaya Etnik Sabah.

Selain itu, Henry turut mencadangkan agar makanan tradisional di negeri ini, disajikan di setiap hotel di Sabah.

“Makanan adalah antara tarikan yang mampu menarik minat pelancong luar. Oleh itu, saya harap makanan tradisional ini turut menjadi menu utama di hotel-hotel di Sabah,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Festival Makanan Sabah Ketengah Juadah Tradisional

Sekianlah artikel Festival Makanan Sabah Ketengah Juadah Tradisional kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Festival Makanan Sabah Ketengah Juadah Tradisional dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/festival-makanan-sabah-ketengah-juadah.html

Subscribe to receive free email updates: