Fiza Sabjahan sudah biasa bertugas pada 1 Syawal

Fiza Sabjahan sudah biasa bertugas pada 1 Syawal - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fiza Sabjahan sudah biasa bertugas pada 1 Syawal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fiza Sabjahan sudah biasa bertugas pada 1 Syawal
link : Fiza Sabjahan sudah biasa bertugas pada 1 Syawal

Baca juga


Fiza Sabjahan sudah biasa bertugas pada 1 Syawal

BERTUGAS di hari raya bukanlah sesuatu yang asing buat pengacara jelita, Fiza Sabjahan.

Bagi Fiza, dia setia memikul tanggungjawab yang diamanahkan meski terpaksa beraya tanpa keluarga di sisi.

Tidak hanya ketika bertugas di awan biru sebagai pramugari, Fiza juga melalui perkara yang sama saat bekerja dalam dunia penyiaran.

“Pada mulanya memang sedih bila kita tak dapat bersama keluarga tersayang untuk meraikan 1 Syawal yang datang setahun sekali,” katanya yang selalu memikirkan

belum tentu dapat jumpa bertemu dengan orang yang sama setiap tahun.

Bagaimanapun kata Fiza, memikirkan tanggungjawab yang diamanahkan, dia mula positif dan menganggap semua itu adalah pengorbanan istimewa buat keluarga sempena hari raya.

Pengacara yang dikenali menerusi rancangan Nona ini memberitahu kali pertama dia tidak dapat beraya bersama keluarga kerana terikat dengan tugasnya mengendali program bual bicara, Malaysia Hari Ini (MHI) sekitar tahun 2008 dan hanya meraikan Aidilfitri bersama rakan-rakan dan keluarga produksi di studio tempat bertugas.

“Ingatkan bila tak lagi bertugas sebagai pramugari, bolehlah saya beraya setiap tahun dengan keluarga, tapi rupanya sama juga cuma situasinya saja berbeza. Walaupun tak cuti, saya masih boleh beraya dengan keluarga selepas bertugas,” katanya yang tinggal bersama keluarga di Klang, Selangor.

Fiza yang memulakan tugas jam 7.30 akan keluar rumah seawal jam 4.30 ke Sri Pentas (TV3) untuk membuat persiapan dan akan pulang sekitar jam 11 pagi untuk beraya bersama keluarga dan melayan tetamu.

Setelah dua tahun mendapat cuti raya penuh, kata Fiza tiba gilirannya bertugas pada hari raya dan kembali melakukan rutin beraya di studio bersama rakan produksi.

“Sebenarnya sesekali beraya di studio pun OK juga sebab kita dapat beraya bersama rakan-rakan lain dengan juadah raya yang tidak kalah juga dengan apa yang ada di rumah.

“Tahun ini saya tidaklah begitu beria sangat beraya, sebaliknya mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga di rumah kerana ibu dan nenek, kedua-duanya tidak begitu sihat sejak kebelakangan ini.

“Berbanding dulu, juadah raya kami sekarang banyak yang ditempah sahaja kerana tidak mahu menyusahkan ibu di dapur dalam keadaan kesihatannya yang tidak begitu mengizinkan itu,” katanya yang cukup menggemari rendang cili padi daging hasil air tangan ibunya.

The post Fiza Sabjahan sudah biasa bertugas pada 1 Syawal appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Fiza Sabjahan sudah biasa bertugas pada 1 Syawal

Sekianlah artikel Fiza Sabjahan sudah biasa bertugas pada 1 Syawal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fiza Sabjahan sudah biasa bertugas pada 1 Syawal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/fiza-sabjahan-sudah-biasa-bertugas-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :