Gabungan Tun Mahathir-Anwar kerana kuasa - Presiden Mubarak

Gabungan Tun Mahathir-Anwar kerana kuasa - Presiden Mubarak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gabungan Tun Mahathir-Anwar kerana kuasa - Presiden Mubarak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gabungan Tun Mahathir-Anwar kerana kuasa - Presiden Mubarak
link : Gabungan Tun Mahathir-Anwar kerana kuasa - Presiden Mubarak

Baca juga


Gabungan Tun Mahathir-Anwar kerana kuasa - Presiden Mubarak

KUALA LUMPUR: Gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan dua pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata Tun Dr Mahathir dan Anwar yang sebelum ini merupakan musuh, kini bersatu demi melunaskan agenda mereka.

"Kerana kuasa, mereka sanggup berbuat apa sahaja. Mereka hanya nak menang dan berkuasa malah sanggup buat apa sahaja. Dahulu Tun Dr Mahathir masukkan Anwar dalam penjara, tetapi sekarang berbaik pula," katanya kepada pemberita pada jamuan malam dan perasmian Bengkel Persediaan dan Simulasi Perbahasan Parlimen Mahasiswa di sini Jumaat malam.

Beliau mengulas perkembangan PH yang menamakan beberapa barisan kepimpinan baharu pada Khamis.

Majlis Presiden PH dilaporkan mengumumkan struktur kepimpinan PH yang baharu iaitu Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, Dr Mahathir sebagai pengerusi dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden gabungan pembangkang itu.

Dalam pada itu, Abdul Aziz turut menasihatkan golongan muda dan mahasiswa tidak terpedaya dengan pelbagai gimik politik oleh pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

"Gimik politik akan berterusan. Anak muda yang mewakili 40 peratus daripada undi rakyat hendaklah berwaspada dengan maklumat daripada media sosial. Banyak benda-benda tidak betul yang masuk dalam sosial media dan memesongkan pemikiran anak muda," katanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Gabungan Tun Mahathir-Anwar kerana kuasa - Presiden Mubarak

Sekianlah artikel Gabungan Tun Mahathir-Anwar kerana kuasa - Presiden Mubarak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gabungan Tun Mahathir-Anwar kerana kuasa - Presiden Mubarak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/gabungan-tun-mahathir-anwar-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :