Gadai nyawa

Gadai nyawa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gadai nyawa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gadai nyawa
link : Gadai nyawa

Baca juga


Gadai nyawa

“SAYA beranikan diri selamatkan wanita itu sebelum api marak walaupun belum pulih sepenuhnya akibat serangan jantung bulan lalu,” kata Arpah Shawab, 49, peniaga sayur di pasar malam berdekatan Medan Selera Semabok, Melaka Tengah, yang terbakar hari ini.

Menurutnya, wanita itu melecur teruk di bahagian kiri badan dan memintanya membantu mencari anak perempuan yang mengikutinya ke gerai.

Arpah membantu wanita terbabit pulang ke rumah untuk mencari anaknya sebelum dihantar ke hospital oleh ambulans.

Wanita berkenaan, seorang lelaki dan dua kanak-kanak melecur dengan dua daripadanya serius dalam kebakaran kira-kira 6.30 petang yang memusnahkan empat gerai itu.

Saksi kejadian itu, Muhammad Amirul Shamsudin, 22, berkata sebaik mangsa ketiga masuk ke dalam gerai menjual asam pedas dan nasi campur di medan selera itu untuk membantu dua pekerja memeriksa dapur gas, letupan berlaku.

Peniaga pasar malam itu berkata, ketiga-tiga mangsa datang untuk memeriksa aduan kebocoran gas yang dimaklumkan penghuni rumah di belakang gerai terbabit.

Dia berkata, letupan tong gas itu turut mengejutkan lebih 100 pengunjung pasar malam yang terletak hanya beberapa meter dari gerai terbakar

"Sejurus letupan, sayang nampak lelaki terakhir yang masuk paling awal, keluar, diikuti lelaki kedua.

“Mangsa wanita hanya mampu menyelamatkan diri hingga ke muka pintu gerai akibat melecur teruk.

"Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun iaitu rakan anak pekerja yang sedang menunggu di luar gerai, melecur di tangan selepas letupan kedua beberapa minit kemudian," katanya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Gadai nyawa

Sekianlah artikel Gadai nyawa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gadai nyawa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/gadai-nyawa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :