link : Gadaikannya Nyawa Demi Pengguna Yang Lain…
Gadaikannya Nyawa Demi Pengguna Yang Lain…
JUTAAN terima kasih diucapkan kepada sorang lelaki yang sanggup menggadaikan nyawanya demi untuk mengalihkan tayar pecah di tengah lebuhraya.
Isnin lalu, satu video mengenai perbuatan mulia lelaki itu telah tular di media sosial. Kejadian tersebut berlaku di Pulai Pinang dan telah dirakamkan oleh kenalannya.
Video tersebut telah ditonton sebanyak 3, 500 kali sejak dimuat naik di akaun Facebook Penang Kini Isnin lalu. Perbuatan seperti inilah yang patut kita semua contohi supaya menjadi tauladan kepada orang ramai.
Tindakan itu semestinya dipuji oleh ramai netizen kerana dia dianggap telah menyelamatkan nyawa pengguna lebuhraya yang lain. Bayangkan apa yang akan terjadi jika ada kenderan yang melanggar tayar itu? Pasti kejadian buruk akan berlaku kerana taray itu bukanlah kecil tapi besar!
Tetapi, apa pun jika anda mahu lakukan sesuatu, jangan abaikan keselamatan diri anda juga. Takut takut anda mahu selamatkan orang lain, tapi anda pula yang mendapat malang-MYNEWSHUB.CC
Oleh: Ainaa Hafizah
Loading...
Demikianlah Artikel Gadaikannya Nyawa Demi Pengguna Yang Lain…
Anda sekarang membaca artikel Gadaikannya Nyawa Demi Pengguna Yang Lain… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/gadaikannya-nyawa-demi-pengguna-yang.html