link : Gajah Perang terancam
Gajah Perang terancam
Bangkok: Peningkatan skuad Malaysia bawah 22 tahun (B-22) yang menewaskan Indonesia B-22 3-0 kelmarin mencetuskan kebimbangan jurulatih Thailand B-22 Worrawoot Srimaka menjelang pertembungan kedua Kumpulan H kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Stadium Nasional Supachalasai jam 8 malam ini.
Menurut Worrawoot, skuad Malaysia tampil berbeza berbanding ketika mereka menang dalam dua pertemuan sebelum ini.
“Malaysia membuat perubahan dari segi pemain dan jurulatih. Mereka bermain bagus dan boleh memberi ancaman kepada Thailand.
“Mereka menang semalam (kelmarin) dan pasti akan lebih yakin. Saya menjangkakan perlawanan yang sengit,” katanya.
Dalam dua pertemuan terakhir, anak buah Worrawoot menewaskan skuad muda negara 2-1 yang ketika itu dikendalikan Frank Berhardt pada final Kejohanan Nations Cup tahun lalu dan 4-0 di Piala Dubai, Mac lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Gajah Perang terancam
Anda sekarang membaca artikel Gajah Perang terancam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/gajah-perang-terancam.html