link : Ganguan Bekalan Air Di Hulu Langat Pada 8 – 9 Ogos
Ganguan Bekalan Air Di Hulu Langat Pada 8 – 9 Ogos
BEBERAPA kawasan di daerah Hulu Langat akan mengalami ganguan bekalan air sementara, bermula pada jam 8 pagi pada 8 Ogos hingga jam 12 tengah hari 9 Ogos.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam kenyataannya berkata gangguan bekalan itu berlaku berikutan perlaksanaan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agiahan air di Bukit Mahkota, Bangi.
Kerja-kerja pembaikan dijangka mengambil masa selama 48 jam dan bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan selesai.
Berikut merupakan kawasan-kawasan yang terjejas.
Sehubungan itu, Syabas menasihati pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan bermula.
“Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air ini secepat mungkin.
“Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 8 Ogos 2017,” kata kenyataan itu.
Orang ramai boleh merujuk kawasan masing-masing di laman web www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar ‘mySyabas‘ untuk maklumat lanjut. –MYNEWSHUB.CC
Video di bawah sekadar hiasan…
Loading...
Demikianlah Artikel Ganguan Bekalan Air Di Hulu Langat Pada 8 – 9 Ogos
Anda sekarang membaca artikel Ganguan Bekalan Air Di Hulu Langat Pada 8 – 9 Ogos dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ganguan-bekalan-air-di-hulu-langat-pada.html