link : Gantung buai di senggayut: 'Tindakan itu berbahaya"- MRT
Gantung buai di senggayut: 'Tindakan itu berbahaya"- MRT
Menerusi satu kenyataan, MRT menasihati semua penumpang menjaga keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan dan tidak melakukan kerosakan kepadanya.
Tambah MRT, sesiapa yang ditangkap melakukan kerosakan kepada kemudahan awam boleh dikenakan denda.
BACA: Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen
BACA: Viral gantung buaian dalam MRT, ini adab naiki pengangkutan awam jika tak tahu“Sekiranya individu atau kumpulan ditangkap melakukan kerosakan kepada kemudahan awam terutamanya di stesen MRT, mereka boleh didakwa di bawah Akta Kerajaan Tempatan (9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), yang boleh membawa kepada denda RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan.
“Mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010,” menurut kenyataan itu.
Semalam rakaman gambar seorang ibu menggantung buai anaknya pada senggayut pemegang tempat berdiri viral di media sosial.
Nana Abd Rashid yang berkongsi insiden tersebut menerusi akaun Facebooknya menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan.
“Tolonglah kak, jangan bagi malu. Anak-anak itu kalau boleh pantau sikit, jaga harta benda awam bersama,”tulis Nana.
Tindakan ini nyata meningkatkan lagi kemarahan netizen.
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Gantung buai di senggayut: 'Tindakan itu berbahaya"- MRT
Anda sekarang membaca artikel Gantung buai di senggayut: 'Tindakan itu berbahaya"- MRT dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/gantung-buai-di-senggayut-tindakan-itu.html