Gara-Gara Terpeluk Dada Nelydia Senrose

Gara-Gara Terpeluk Dada Nelydia Senrose - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gara-Gara Terpeluk Dada Nelydia Senrose, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gara-Gara Terpeluk Dada Nelydia Senrose
link : Gara-Gara Terpeluk Dada Nelydia Senrose

Baca juga


Gara-Gara Terpeluk Dada Nelydia Senrose

PELAKON Daler Yusuf mengganggap penularan video dia tidak sengaja memeluk dada Nelydia Senrose  pada Sabtu lalu telah membantu menaikkan rating drama Encik Suami Mat Salleh Celup (ESMSC).

Namun Daler, 25, berkata drama lakonannya sudah menjadi trending sebelum video tersebut menjadi tumpuan di laman sosial.

“Ya, berkemungkinan video tersebut ada membantu juga menaikkan rating drama ESMSC. Tapi sebelum itu lagi, episod kedua pun sudah menjadi trending.

“Cuma, kalau boleh selepas ini saya tidak mahu drama ini rating tinggi sebab kontroversi yang negatif,” kata Daler ketika dihubungi .

Tambah Daler lagi, dia meluahkan rasa syukur lakonannya diterima penonton dan terharu dengan sokongan penonton.

“Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan peminat dan penonton. Biarpun drama ini baru sahaja ditayangkan pada Jumaat lalu, tapi ramai yang tak sabar nak menantikan episod seterusnya,” ujar Daler.

Dalam pada itu, dia ada menghubungi Nelydia dan memohon maaf kepada pelakon wanita tersebut sejurus video itu tersebar.

“Selepas video itu tersebar, saya terus hubungi Nelydia dan minta maaf padanya. Dia faham dengan situasi yang telah berlaku dan tidak salahkan saya kerana benda itu tidak sengaja,” jelasnya.

Menerusi laporan  Sabtu lalu, Daler mengakui tidak sengaja memegang dada Nelydia dan telah memohon maaf kepada peminat yang tersinggung kerana kejadian itu.

Daler memulakan kerjaya sebagai model di usia 18 tahun dan mula melangkah ke dunia lakonan pada tahun lalu menerusi drama LipLap Raya di HyppTV.

Aktor ini mempunyai darah kacukan Uzbekistan di sebelah ayah manakalah ibunya berasal dari Kelantan.

Dia mula menjejak kaki di Malaysia pada usia 18 tahun dan ketika itu dia menyambung pelajarannya di Westminster International College, Subang.

Berikut info mengenai Daler Yusuf:
Nama penuh: Daler Yusuf Muhammad
Tempat lahir: Uzbekistan
Tarikh lahir: 31 Disember 1992
Umur: 25 tahun
Tinggi: 180 sentimeter
Perkara yang peminat tidak tahu tentang Daler: Seorang yang kelam kabut
Instagram: @daleryusuf

The post Gara-Gara Terpeluk Dada Nelydia Senrose appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Gara-Gara Terpeluk Dada Nelydia Senrose

Sekianlah artikel Gara-Gara Terpeluk Dada Nelydia Senrose kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gara-Gara Terpeluk Dada Nelydia Senrose dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/gara-gara-terpeluk-dada-nelydia-senrose.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :