link : Gempar Objek Misteri Panas Jatuh Dari Langit, Penduduk Buat Penemuan Mengejutkan
Gempar Objek Misteri Panas Jatuh Dari Langit, Penduduk Buat Penemuan Mengejutkan
Sidik, 30, seorang penduduk tempatan berkata, ketika jatuh,
objek logam berbentuk bulat itu mengeluarkan bunyi yang kuat."Kami sangat terkejut dengan bunyi tersebut, sehingga kami terus ke lokasi tempat jatuhnya objek itu," katanya di Lubukbasung, Selasa.
O
bjek dari bahan seperti logam itu ditemui di jalan kelas C atau daerah yang menghubungkan Maninjau-Sungai Batang. Kesannya, jalan tersebut berlubang dan meninggalkan kesan hitam pada jalan seperti bekas terbakar.Penguasa Nagari Sungai Batang, Jon Hendra, mengatakan, logam bulat berdiameter kira-kira 110 sentimeter dengan berat kira-kira 7.4 kilogram tersebut jatuh ke tanah dengan suhu sangat panas dan mengeluarkan asap.
Objek tersebut menjadi sejuk kira-kira satu jam.Objek misteri tersebut telah dihantar ke Mako Polsek Tanjung Raya untuk melakukan penyelidikan lebih lanjut.
Ketua Tanjung Raya, Handria Asmi meminta penduduk untuk tetap bertenang dengan jatuhnya benda itu kerana pihak berwajib sedang melakukan penyelidikan.
"Mudah-mudahan dalam waktu terdekat proses siasatan selesai dan pemilik objek tersebut diketahui," katanya.
Demikianlah Artikel Gempar Objek Misteri Panas Jatuh Dari Langit, Penduduk Buat Penemuan Mengejutkan
Anda sekarang membaca artikel Gempar Objek Misteri Panas Jatuh Dari Langit, Penduduk Buat Penemuan Mengejutkan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/gempar-objek-misteri-panas-jatuh-dari.html