link : Graduate Di Umur Tua
Graduate Di Umur Tua
Graduate : Seseorang yang telah berjaya menyiapkan kursus pengajian atau latihan, terutama orang yang telah dianugerahkan ijazah akademik sarjana muda.
Salam pembaca semua. Terima kasih kepada admin jika sudi menyiarkan confession aku kali ini. Sama seperti yang lain, aku seorang silent reader yang sentiasa mengikuti cerita2 di iium confession ini. Antara yang menarik minat aku sekarang untuk aku respon, tentu lah tentang student yang masih lagi belajar di peringkat degree atau master tetapi sudah berumur hampir 30-an atau graduan2 yang sedang menganggur dan sedang mencari kerja.
Apa yang aku nak ceritakan ini adalah tentang perjalanan hidup aku dalam mendapatkan segulung ijazah sarjana muda. Semoga apa yang aku lalui memberi tauladan dan pedoman kepada adik-adik dan juga pembaca diluar sana. Cara aku tulis mungkin agak kelam kabut sikit tapi harap korang paham la.
Aku menamatkan diploma sewaktu berusia 23thn dlm bidang berkaitan construction. Ini 10 tahun yang lepas. Habis je kelas terakhir, packing2 balik rumah, esoknya aku dah start cari kerja dalam suratkhabar. Rezeki aku murah, seminggu lepas tu aku dah dapat offer kerja dalam bidang yang sama. Sedangkan konvo aku lagi 6 bulan. Tempat kerja pula tak jauh dari rumah. Memang dapat save banyak. Aku ingat lagi gaji permulaan masa tu rm1500. Aku pergi kerja naik bas je dengan tambang rm2 pergi balik. Siap sorang staff tanya aku, tak nak beli kereta ke? Aku jawab, aku tak berapa minat sangat sebab bagi aku untuk waktu tu, memang convenience sangat naik bas. Tapi disebabkan aku hanya kelulusan diploma, aku hanya dapat jawatan sebagai pembantu sahaja. Tapi bagi aku itu pun sudah ok, sebab yang penting bagi aku adalah pengalaman.
Hampir dua tahun aku kerja kat situ. Dalam masa tu, ramai kawan-kawan yang sambung degree. Aku akui aku rasa cemburu dan aku memang berhajat untuk sambung degree juga. Tapi waktu tu, aku dah ada teman lelaki. Teman lelaki ajak aku kahwin. Aku memang bengap masa tu, demi cinta la kononnya.. Lagi satu hubungan aku dengan bapak aku tak normal macam orang lain. Sedih bila pikir balik. Kenapa bapak aku macam tu. Aku bukan anak favorite dia. Makian sumpah seranah jadi makanan je. Kurang kasih sayang seorang bapa buat aku senang jatuh sayang dengan lelaki luar. Jadi, kepada lelaki2 di luar sana, penting untuk korang bagi kasih sayang pada anak perempuan korang, supaya dia takkan rasa kurang kasih sayang tu dan buat keputusan yang terburu2 bila berkaitan cinta dan teman hidup. So aku pikir waktu tu, baik aku kahwin keluar dari rumah ni. Nak keluar cari rumah sewa macam tak logik, sebab tempat kerja dekat dengan rumah. Nak bertunang nak kahwin, ya Allah ya Tuhanku..memang banyak rintangan terutamanya dari bapak aku yang tak boleh terima aku ni nak kahwin. Burukkan aku depan saudara mara..takde yang elok tentang aku ni. Sundal jalang semua keluar. Bila bapak aku macam tu, lagi memberontak aku jadinya. Sebab dah dia asik nak maki hamun aku tak kena tempat, atas sebab apa aku nak dengar cakap dia. Bila ingat balik, rasa macam baru semalam terjadi semua kisah ni. Tapi mak tetap ingatkan aku tentang hajat aku nak sambung study semua. Masa tu plak, bakal mak mertua aku siap sinis lagi tanya kat tunang aku, depan aku plak waktu tu, macam mana nak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi andai aku sambung belajar. Sebab anak dia setakat sek men saja. Tapi aku lagi bodoh. Bukan salah sesiapa. Duit simpanan yang aku kumpul hampir 10k, aku buat belanja kahwin, kongsi hantaran lagi. Bodoh kan.
Disebabkan aku nak jugak sambung degree, alkisahnya beberapa bulan sebelum kahwin, aku sambung degree secara separuh masa. Kelas hanya pada sabtu dan ahad. Memang takde weekend untuk aku masa tu. Struggling between work and study, bukan perkara mudah. Banyak yang harus dikorbankan. Masa, duit, hobi.. Aku kerap tukar tempat kerja sebab nak mintak gaji lagi tinggi supaya aku dapat tampung kos belajar. Bayangkan setahun ada 2 sem normal, 1 sem pendek. Yuran untuk sem normal sahaja cecah rm3k. Untuk sem pendek rm1k. Tapi nasib baik boleh bayar secara ansuran. Lepas kahwin rezeki murah, dapat seorang anak. Aku cuti satu sem sebab dah nak beranak masa tu. Dengan gaji yang aku dapat tu lah aku bayar yuran, duit rumah, duit babysitter, bagi mak aku, tolong sikit2 belanja rumah.
Tapi perkahwinan aku tak kekal lama. Jodoh pendek kan. Nampak sangat takde restu. Aku teruskan hidup macam biasa dengan anak aku baru setahun lebih. Aku stress masa tu jadi aku cuti satu sem. Extend lagi. Hmm. Banyak yang aku pikir masa tu. Siap aku daftar nak jadi ejen insuran dan pikir nak berhenti belajar lagi. Tapi bila aku pikir balik yang aku dah separuh jalan buat part time study aku ni, dengan yuran yang dah hampir 15k aku bayar..aku matikan hajat nak berhenti. Lepas tu aku memang suka bidang construction. Bila aku continue sem seterusnya, aku nekad nak habiskan degree aku ni walau macam mana pun. Dalam masa tu aku kerap jugak tukar tempat kerja, sebab nak cari lagi pengalaman dengan gaji lagi tinggi. Lepas beberapa tahun menjanda, aku jumpa suami aku sekarang. Tapi aku masih struggle nak habiskan study.
Alhamdullilah, setahun lepas kahwin, tamat jugak aku belajar. Rasa macam lega yang amat. Dengan rezeki yang murah, nak dekat konvo, aku beranak lagi sorang. Lepas tu company aku kerja sekarang bagi bonus 2 bulan, dan kenaikan gaji. Dengan ijazah tu, aku apply untuk jawatan yang selama ni aku nak. Alhamdullilah, bulan depan aku start kerja di company baru dengan jawatan baru, gaji baru.
Masa aku nak apply untuk jawatan tu, ada cerita lain plak. Berpuluh2 resume aku hantar, tapi satu interview pun tak dapat. Aku dah mula tak senang duduk. Resume aku dah cantik aku rasa, dengan pengalaman yang aku ada. Aku dah kerja hampir 10 tahun kot. Sebab sebelum2 ni, aku memang murah rezeki bab kerja ni. Setiap kali apply, mesti dapat interview, dan terus dapat kerja yang aku nak tu dengan gaji yang aku mintak. Kalau ikutkan, dari 10 interview aku pergi, 2 je tak dapat. So kali ni macam tertutup sikit pintu rezeki aku. Dengan kawan2 aku yang rata2 tanya kenapa aku nak berhenti sedangkan company aku yang sekarang ni memang company besar, ada nama, tiap2 tahun memang confirm dapat bonus dan naik gaji. Tapi aku cakap je, aku nak cari pengalaman lagi dengan jawatan aku yang baru tu. Aku nak cari banyak2 pengalaman walaupun gaji yang aku mintak tak jauh beza dengan gaji aku sekarang. Baru mereka faham. Aku tau risiko dengan ekonomi sekarang yang tak menentu, tapi aku percaya, rezeki tu rahsia Allah, dan ada dimana2 dengan izinNya.
Jadi, aku pikir balik kenapa susah betul aku nak dapat kerja kali ni, interview pun susah betul nak dapat. Tiba2, ye tiba2, aku terpikir, ke sebab aku dah kurang bersedekah? Satu hari aku buka Facebook, ada post tentang baby yang perlukan sumbangan sebab utk rawatan intensif. So aku bank in la sejumlah wang. Dengan niat, semoga Allah permudahkan aku dalam mencari kerja. Setiap kali lepas solat aku berdoa supaya niat aku dipermudahkan. Esoknya aku jumpa lagi post tentang baby nak minta sumbangan, so aku buat perkara yang sama. Hari berikutnya pun sama..dengan niat yang sama. Kat mak bapak aku pun aku bagi belanja duit raya lebih dari biasa dan aku mintak mak doakan aku dapat jawatan yang aku nak tu.
Tak lama lepas tu, esoknya aku dapat email, dapat interview. Lepas tu masuk lagi email panggil interview..lepas tu ada company call panggil interview. Dalam satu hari je aku ada 5 interview. Tapi aku pergi satu interview sahaja sebab memang dari dulu aku nak masuk company tu, dan alhamdullilah, aku dapat jawatan tu. Perfhh dia punya rasa.. Allah je tahu. Memang betul la..sedekah itu pembuka pintu rezeki.
Jadi tu je la aku nak cerita. Bila aku pikir balik, apa yang aku nak sangat..itu lah yang aku paling susah nak dapat. Bertahun aku struggle. Dalam hal ni, dah tentu lah jawatan tu. Tapi perkara yang bagi aku tak penting pun, tak yah pikir pun takpe, seperti jodoh, perkahwinan, rezeki dan anakitu yang datang bergolek kat aku. Mudah sangat. Lagi pun aku tak minat jadi surirumah. Aku tau ramai perempuan dah ada degree,, master, phd tapi nak jadi surirumah. Itu pilihan masing2. Walaupun macam2 rintangan yang aku lalui untuk aku habiskan degree aku ni..tapi aku rasa bangga sebab dapat habiskan. Betapa pentingnya degree ni pada aku. Sedangkan ramai yang give up tengah jalan, tapi ada jugak yang berbelas tahun ambil masa nak habiskan part time study ni. Walaupun mungkin ada orang senang perjalanan hidupnya dalam mendapatkan segulung ijazah dan jawatan yang dia nak, itu bahagian dia.
Pada adik-adik & pembaca sekalian, itu je lah aku nak ceritakan. Kalau korang rasa nak buat kesimpulan lain masa komen, itu hak korang. Takkan aku nak reply sebab nanti kantoi lah kan. Haha. Tapi dah begini perjalanan hidup aku Allah takdirkan, aku hanya mampu berserah sebagai hambanya yang tak sempurna. Yang buruk itu dari aku, yang baik itu dari Allah. Salam.
Noor
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Graduate Di Umur Tua
Anda sekarang membaca artikel Graduate Di Umur Tua dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/graduate-di-umur-tua.html