link : Guna Aplikasi Kiddle & YouTube Kids Untuk Hasil Carian Lebih Selamat Sesuai Dengan Peringkat Umur Kanak-Kanak
Guna Aplikasi Kiddle & YouTube Kids Untuk Hasil Carian Lebih Selamat Sesuai Dengan Peringkat Umur Kanak-Kanak
Namun begitu, ianya harus dihadkan penggunaannya kerana dalam usia mereka yang masih kecil ini, pendedaham kepada gajet berskrin ini amatlah tidak digalakkan.
BACA: Ketahui Terlebih Dahulu Garis Panduan Ini Dalam Memberikan Gajet Kepada Anak-Anak, Agar Ianya Bersesuaian Dengan Peringkat Umur Mereka
Namun begitu, sekiranya ibu bapa memberi mereka dengan pantauan dan masa yang telah ditetapkan, sebaiknya menggunakan aplikasi yang telah dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini, kerana Google atau pun YouTube bukanlah 100% selamat digunakan oleh kanak-kanak.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Kejadian baru-baru ni betul-betul buat saya tersentak! Tengah-tengah malam anak saya yang berumur 3 tahun bangun dan pergi bukak handphone saya!
Rupa-rupanya dia bukak Youtube tapi lebih memeranjatkan saya bila yang keluar adalah kartun separa lucah / soft porn dengan watak Frozen di dalamnya!
Rupanya Youtube ni tak la seselamat yang kebanyakan ibubapa sangkakan. Kalau tak percaya cuba korang taip perkataan Frozen di Youtube dan korang boleh tengok sendiri betapa tak selamatnya Youtube untuk anak-anak kita!
Google pun lagi la tak selamat. Mana tahu ada anak kita nak buat assignment sekolah ke kan dan terpaksa guna internet untuk siapkan assignment tu.
p/s : Tolong sebarkan benda ni kat keluarga & kawan-kawan yang lain jugak. Semoga anak-anak mereka juga terselamat daripada fitnah teknologi akhir zaman tanpa sempadan ni.
- Siakap Keli
Demikianlah Artikel Guna Aplikasi Kiddle & YouTube Kids Untuk Hasil Carian Lebih Selamat Sesuai Dengan Peringkat Umur Kanak-Kanak
Anda sekarang membaca artikel Guna Aplikasi Kiddle & YouTube Kids Untuk Hasil Carian Lebih Selamat Sesuai Dengan Peringkat Umur Kanak-Kanak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/guna-aplikasi-kiddle-youtube-kids-untuk.html