Guna Media Sosial Dengan Lebih Peka – Hamisa

Guna Media Sosial Dengan Lebih Peka – Hamisa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guna Media Sosial Dengan Lebih Peka – Hamisa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guna Media Sosial Dengan Lebih Peka – Hamisa
link : Guna Media Sosial Dengan Lebih Peka – Hamisa

Baca juga


Guna Media Sosial Dengan Lebih Peka – Hamisa

KOTA KINABALU – Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat mengingatkan agar penjawat awam menggunakan media sosial dengan lebih peka dan bertanggungjawab.

Beliau berkata adalah merugikan sekiranya teknologi canggih dengan kewujudan pelbagai media sosial pada masa ini dimanfaatkan dengan cara yang tidak betul termasuk menyebarkan fitnah dan maklumat yang salah.

“Dunia sekarang tidak lagi seperti dahulu. Penjawat awam tidak boleh lari daripada media sosial. Oleh itu kita perlu gunakan sebaik-baiknya kemudahan alam maya itu dan bukannya  memviral sesuatu perkara yang tidak ada kesahihannya.

“Sebagai penjawat awam kita perlu menyemak kesahihan sesuatu maklumat yang tersebar dalam media sosial dan jangan jadikan ia sekadar ruangan sembang kosong atau hanya untuk meluangkan masa lapang kerana media komunikasi ini boleh menjadi medium kerajaan untuk menyelami masalah rakyat,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Badan Amal Kebajikan Islam Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah di sini, hari ini.

Sementara itu, Hamisa meminta agar penjawat awam terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan masing-masing dalam memberikan layanan terbaik kepada rakyat.

“Setiap penjawat awam bertanggungjawab menjaga prestasi kecemerlangan jabatan masing-masing agar peranan mereka terus relevan kepada masyarakat. Tanpa proses peningkatan mutu kerja, seseorang penjawat awam itu akan ketinggalan zaman sekali gus gagal dalam usaha membantu rakyat.

Katanya sebagai agensi yang menguruskan perkhidmatan rakyat, setiap penjawat awam perlu berusaha menghapuskan persepsi masyarakat bahawa urusan kerajaan lembab dan sukar.

“Tanggapan bahawa kakitangan kerajaan lembab dan kasar sepatutnya sudah lapuk dan tiada lagi pada masa kini. Malah, setiap rakyat yang hadir untuk mendapatkan khidmat kita mesti dilayan sebagai seorang pelanggan yang penting dan bermakna,” katanya.  – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guna Media Sosial Dengan Lebih Peka – Hamisa

Sekianlah artikel Guna Media Sosial Dengan Lebih Peka – Hamisa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guna Media Sosial Dengan Lebih Peka – Hamisa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/guna-media-sosial-dengan-lebih-peka.html

Subscribe to receive free email updates: