Guru Ditahan Terlibat Penyalahgunaan Dadah

Guru Ditahan Terlibat Penyalahgunaan Dadah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru Ditahan Terlibat Penyalahgunaan Dadah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru Ditahan Terlibat Penyalahgunaan Dadah
link : Guru Ditahan Terlibat Penyalahgunaan Dadah

Baca juga


Guru Ditahan Terlibat Penyalahgunaan Dadah

ALOR SETAR – Seorang guru sekolah rendah antara 14 individu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Kuala Muda kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan ‘Ops Segantang Garam’ di kawasan hutan bakau, Sungai Petani, hari ini.

Guru lelaki yang berusia 43 tahun itu, ditahan oleh anggota AADK ketika dalam perjalanan ke ‘sarang’ menghisap dadah yang dipasang dengan khemah kecil  terletak di bawah pokok di dalam kawasan hutan bakau itu.

Ketua AADK Cawangan Kuala Muda, Shamshuri Yusoff berkata dalam operasi yang bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi dengan disertai 10 anggota itu telah berjaya menahan kesemua individu yang berumur antara 20 hingga 65 tahun ketika sedang leka mengambil dadah.

“Ini merupakan kali ketiga guru terbabit ditahan atas kesalahan yang sama iaitu penyalahgunaan dadah namun telah dibebaskan selepas dijamin oleh keluarganya kerana laporan ujian air kencingnya masih belum diperolehi.

Sekiranya laporan yang diperoleh menunjukkan guru terbabit positif dadah, dia akan didakwa di mahkamah dan hukuman dihantar ke pusat serenti selama dua tahun akan dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi.

Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Pejabat AADK Kuala Muda bagi menjalankan pemeriksaan ujian air kencing. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru Ditahan Terlibat Penyalahgunaan Dadah

Sekianlah artikel Guru Ditahan Terlibat Penyalahgunaan Dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru Ditahan Terlibat Penyalahgunaan Dadah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/guru-ditahan-terlibat-penyalahgunaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :