Guru Perlu Buat Laporan Polis Sekiranya Dibuli Pelajar

Guru Perlu Buat Laporan Polis Sekiranya Dibuli Pelajar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru Perlu Buat Laporan Polis Sekiranya Dibuli Pelajar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru Perlu Buat Laporan Polis Sekiranya Dibuli Pelajar
link : Guru Perlu Buat Laporan Polis Sekiranya Dibuli Pelajar

Baca juga


Guru Perlu Buat Laporan Polis Sekiranya Dibuli Pelajar

ALOR SETAR – Guru yang turut menjadi mangsa buli pelajar diminta membuat laporan polis bagi menjamin keselamatan diri sekali gus mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa mereka.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sememangnya terdapat beberapa kes melibatkan guru menjadi mangsa buli namun ia tidak dilaporkan berikutan bimbang dengan keselamatan diri apabila berada di luar kawasan sekolah.

“Ada guru yang tidak mahu buat laporan kerana tidak mahu memanjangkan cerita selain turut bimbang dengan keselamatan diri mereka akan diancam oleh pelajar yang terlibat dalam gangsterisme.

“Guru perlu buat laporan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pembuli dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sama sekali tidak akan menghalang sekiranya mereka ingin membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di sini selepas melawat Kolej Vokasional Alor Setar di sini, hari ini.

Beliau berkata guru yang menjadi mangsa buli tidak perlu bersembunyi atau bimbang dengan reputasi sekolah sekiranya hendak membuat laporan polis kerana kementerian berpendirian tegas dalam menangani masalah itu selain mementingkan keselamatan guru terbabit.

​​​​​​​Semalam, Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan kalangan guru turut menjadi mangsa buli pelajar bermasalah di sekolah, sekali gus menyumbang kepada peningkatan budaya gangsterisme di negara ini.

Presiden CAP, S.M Mohamad Idris berkata kejadian buli terhadap guru boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk peras ugut dan kenderaan dirosakkan selepas mereka menegur pelajar yang terbabit dengan masalah disiplin.

​​​​​​​Dalam pada itu, Mahdzir berkata pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka yang terlibat dalam kegiatan gangsterisme atau buli ke mana-mana pusat pemulihan.

“Saya ingin tegaskan bahawa kita (KPM) tidak akan berkompromi dengan pelajar-pelajar yang terlibat dalam aktiviti gangsterisme atau buli dan mereka boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah,” katanya.

– BERNAMA​​​​​​

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru Perlu Buat Laporan Polis Sekiranya Dibuli Pelajar

Sekianlah artikel Guru Perlu Buat Laporan Polis Sekiranya Dibuli Pelajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru Perlu Buat Laporan Polis Sekiranya Dibuli Pelajar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/guru-perlu-buat-laporan-polis-sekiranya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :