H5N1: JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak

H5N1: JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul H5N1: JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : H5N1: JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak
link : H5N1: JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak

Baca juga


H5N1: JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak

KOTA BHARU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) membayar pampasan sebanyak RM413,004.60 kepada 1,034 penternak yang unggas mereka terjejas dengan wabak H5N1 atau selesema burung di Kelantan baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pampasan dibayar sebelum Aidilfitri lepas.

“Selain pampasan dalam bentuk wang tunai, kita turut membantu penternak dengan memberi mereka anak-anak unggas untuk dipelihara,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau menjawab soalan Rozi Muhamad (PAS-Tendong) yang mahu tahu jumlah unggas yang dimusnahkan dalam membasmi wabak H5N1 dan langkah yang diambil kerajaan dalam usaha membantu penternak yang kehilangan ternakan mereka.

Sebanyak 56,953 unggas dan 17,531 telur unggas dilupuskan dalam tempoh 24 hari wabak berkenaan mula dikesan pada awal tahun ini, katanya .

“Pada 1 Julai lepas, Kelantan diisytihar bebas daripada wabak berkenaan setelah tiada pengesanan baharu penyakit itu dalam tempoh 90 hari sejak pembasmian kuman terakhir pada 1 April,” kata Che Abdullah.

Menjawab pula soalan Mohd Roseli Ismail (PAS-Kemuning) yang mahu tahu sama ada terdapat kaedah lain bagi membasmi wabak berkenaan selain daripada membunuh unggas, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka dalam menerima cadangan jika ia mempunyai bukti saintifik dan selari dengan amalan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.

“Kerajaan sentiasa terbuka untuk terima apa-apa cadangan yang boleh membantu membasmi penyakit ini. Cuma setakat ini kaedah melupuskan unggas adalah yang terbaik untuk dilakukan memandangkan kadar kematian terhadap unggas adalah 95 peratus selepas dijangkiti wabak serta ia turut boleh berjangkit kepada manusia,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel H5N1: JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak

Sekianlah artikel H5N1: JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel H5N1: JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/h5n1-jpv-bayar-pampasan-kepada-1034.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :