Hak Palestin: Parlimen Sepanyol Buat Tindakan Yang Mengejutkan Negara Islam

Hak Palestin: Parlimen Sepanyol Buat Tindakan Yang Mengejutkan Negara Islam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hak Palestin: Parlimen Sepanyol Buat Tindakan Yang Mengejutkan Negara Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hak Palestin: Parlimen Sepanyol Buat Tindakan Yang Mengejutkan Negara Islam
link : Hak Palestin: Parlimen Sepanyol Buat Tindakan Yang Mengejutkan Negara Islam

Baca juga


Hak Palestin: Parlimen Sepanyol Buat Tindakan Yang Mengejutkan Negara Islam


Aktivis mengalu-alukan keputusan oleh ahli parlimen di Sepanyol untuk mengiktiraf gerakan Boikot, Pembatalan Pelaburan dan Sekatan (BDS) terhadap Israel untuk melindungi hak Palestin melalui undang-undang yang menjamin kebebasan bersuara.

Pada 27 Jun, Jawatankuasa Kerjasama Antarabangsa Kongres Timbalan (dewan rendah) telah sebulat suara mengguna pakai resolusi yang menyeru kerajaan untuk "mengiktiraf dan mempertahankan aktivitis hak asasi manusia dari Palestin, Israel dan negara-negara lain, untuk terlibat dalam aktiviti aman dan sah, yang dilindungi oleh hak kebebasan bersuara dan perhimpunan, seperti hak untuk mempromosikan gerakan Boikot, Pembatalan pelaburan dan Sekatan (BDS). "

Ahli Parlimen dari Podemos, parti sayap kiri di Sepanyol yang mencadangkan usul itu berkata, kelulusan itu bermakna kerajaan "harus menegakkan hak-hak dan bertindak terhadap gangguan aktivis di Sepanyol dan banyak lagi negara lain, yang terlibat dalam kempen aman dan sah terhadap Pelanggaran Hak asasi manusia di Palestin."

Memerangi penindasan



Podemos menyatakan insiden penindasan yang jelas berlaku kepada orang yang terlibat dalam memberi sokongan dan kesedaran untuk hak Palestin, seperti pembatalan acara pada Januari di Institut Casa Árabe di Madrid mengenai penentangan tanpa kekerasan rakyat Palestin terhadap pendudukan dan diskriminasi Israel.

Kumpulan lobi Israel di Sepanyol telah membuat aduan jenayah terhadap aktivis yang menyeru untuk memboikot itu.

"Ini adalah kemenangan bagi semua yang bertindak dengan hati nuraninya dengan mengambil bahagian dalam gerakan BDS untuk hak asasi manusia Palestin," kata Ana Sanchez, pegawai antarabangsa kempen bersama Jawatankuasa Kebangsaan BDS Palestin (BNC).

Sanchez menambah, kempen BDS "terus berkembang di seluruh dunia" dan "institusi negeri di Eropah, Amerika Syarikat dan seterusnya sedang mengukuhkan hak rakyatnya untuk mengambil bahagian dalam gerakan BDS untuk memajukan hak asasi manusia Palestin."

BNC mencatatkan bahawa gerakan parlimen ini "adalah kali kedua dalam tempoh yang singkat di mana institusi kerajaan Sepanyol telah mengukuhkan hak untuk memboikot."

Pada akhir April lalu, Menteri Luar Sepanyol, Alfonso Dastis menulis kepada senator Podemos, Pablo Bustinduy, bahawa "kerajaan menghormati sepenuhnya aktiviti dan kempen yang dipromosikan oleh masyarakat sivil dalam kerangka kebebasan bersuara yang dijamin dalam sistem politik kita."

Pada Oktober lalu, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan bahawa sokongan orang awam kepada BDS adalah kebebasan bersuara dan kebebasan bersekutu yang dilindungi di semua 28 negara anggotanya selaras dengan Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah.

Sebelum ini, anggota EU, Ireland, Belanda dan Sweden menolak tekanan daripada Israel dan mempertahankan hak rakyat mereka untuk menyokong BDS sebagai alat untuk mengiktiraf hak rakyat Palestin.

Melindungi hak kebebasan bersuara



Bulan lepas, BNC mengalu-alukan keputusan baru-baru ini oleh Parlimen Switzerland untuk menghalang langkah yang akan menyekat kerajaan untuk membiayai kumpulan yang menyokong BDS.

Ketika perdebatan di Senat (dewan tinggi) Switzerland, Menteri Luar Negeri, Didier Burkhalter, berhujah mengatakan langkah anti-BDS bukanlah langkah demokratik kerana ia akan menghalang hak masyarakat awam untuk mengkritik kerajaan.

Sumber: Lawmakers in Spain endorse right to boycott Israel


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hak Palestin: Parlimen Sepanyol Buat Tindakan Yang Mengejutkan Negara Islam

Sekianlah artikel Hak Palestin: Parlimen Sepanyol Buat Tindakan Yang Mengejutkan Negara Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hak Palestin: Parlimen Sepanyol Buat Tindakan Yang Mengejutkan Negara Islam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/hak-palestin-parlimen-sepanyol-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :