link : Hakim: Ketua Pengarah Imigresen Mengikut Akta Sekat Pua Ke Luar Negara !
Hakim: Ketua Pengarah Imigresen Mengikut Akta Sekat Pua Ke Luar Negara !
PETALING JAYA: Ketua Pengarah Imigresen mematuhi undang-undang ketika menolak hak Tony Pua untuk kesnya berhubung sekatan perjalanan ke luar negara didengar, kata Mahkamah Rayuan. Hakim, Tan Sri Idrus Harun ketika menyampaikan penghakiman mahkamah berkata, walaupun hak untuk hidup dan kebebasan peribadi dijamin Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, sebarang pelucutan hak itu dibenarkan jika ia dibuat mengikut undang-undang.
“Pada pendapat kami, Seksyen 59 (Akta Imigresen) ialah undang-undang yang digubal Parlimen,” katanya dalam keputusan sebulat suara untuk menolak rayuan Pua dan pengisytiharan sekatan ke atas haknya untuk ke luar negara dengan pasport sah adalah tidak berperlembagaan. Katanya, seksyen itu dengan jelas mengecualikan hak untuk didengar di depan Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa Negeri dalam kes Sabah dan Sarawak. R
abu lalu, sebuah panel 3 anggota memutuskan hak warganegara Malaysia untuk ke luar negara terletak kepada budi bicara mutlak kerajaan. Idrus yang merupakan bekas peguam cara negara sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan berkata, Perkara 5 mengenai hak kebebasan mengecualikan hak untuk ke luar negara. Katanya, penolakan hak untuk didengar di bawah akta itu dan Perkara 5 dibuat berdasarkan undang-undang kerana ia diluluskan badan perundangan kompeten.
Beliau berkata, peruntukan sama di bawah Perkara 8 juga tidak dicabuli kerana Setiausaha Publisiti DAP itu tidak didiskriminasi. Idrus berkata, tiada peruntukan jelas atau tanggungjawab tersirat untuk Ketua Pengarah menyatakan alasannya mengenakan sekatan perjalanan di bawah Akta Imigresen.
“Dalam kes ini, walaupun mempunyai pasport sah, tidak ada janji dibuat responden (Ketua Pengarah Imigresen dan kerajaan) yang perayu (Pua) tidak akan dihalang meninggalkan negara atas sebab sah. “Tambahan, ada peruntukan jelas dalam pasport Malaysia yang ia adalah harta kerajaan yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa.”
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu disiasat polis kerana disyaki terbabit dalam memudaratkan demokrasi berparlimen. Hakim berkata, ia perlu kekal sulit dan sebarang pendedahan kepada suspek (Pua) atau orang lain boleh menjejaskan siasatan. Idrus berkata, Ketua Pengarah Imigresen tidak bertindak secara mekanikal dalam menghalang Pua meninggalkan negara selepas menerima sepucuk surat daripada polis.
“Oleh itu, apabila Ketua Pengarah mengarahkan pegawainya menyekat perayu (Pua), tidak mungkin untuk kata dia tidak berbuat demikian dalam bentuk mekanikal atau di bawah arahan ketua polis negara,” katanya. Pua mengheret pihak berkuasa ke mahkamah selepas beliau dilarang menaiki pesawat ke Yogyakarta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, pada 2 Julai 2015.
Beliau mendakwa keputusan sekatan perjalanan itu bercanggah haknya secara sah untuk pergi ke luar negara. Sekatan perjalanan itu kemudiannya ditarik balik, tetapi Pua meneruskan tindakan undang-undangnya. #sumber
Demikianlah Artikel Hakim: Ketua Pengarah Imigresen Mengikut Akta Sekat Pua Ke Luar Negara !
Sekianlah artikel Hakim: Ketua Pengarah Imigresen Mengikut Akta Sekat Pua Ke Luar Negara ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hakim: Ketua Pengarah Imigresen Mengikut Akta Sekat Pua Ke Luar Negara ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/hakim-ketua-pengarah-imigresen-mengikut.html