link : Helmet Shoei dan 125Z atas pelamin: “TOPI keledar ini adalah saksi cinta saya dan isteri”
Helmet Shoei dan 125Z atas pelamin: “TOPI keledar ini adalah saksi cinta saya dan isteri”
“TOPI keledar ini adalah saksi cinta saya dan isteri yang mana dia (isteri) sanggup bersusah payah dan menerima saya seadanya selain turut berkongsi minat yang sama, ‘ main’ motor.
“Tak kisahlah orang nak cakap apa… yang penting kenangan kami terhadap motosikal dapat diabadikan sempena majlis persandingan kami,” kata Muhammad Amirul Yasin Shahrudin, 22, yang gambar persandingannya bersama isteri, Nurnazirah Abdullah, 22, memakai topi keledar pada majlis persandingan mereka di Kapar, Klang pada 9 Julai lalu tular di laman sosial, baru-baru ini.
Menurutnya, dia tidak menyangka gambar yang diambil oleh jurukamera, Mohamad Ruzairin Ghazali, 26, sempena majlis perkahwinannya kira-kira seminggu lalu menjadi tular di laman sosial.
“Saya dimaklumkan oleh Mohamad Ruzairin berkenaan perkara ini selepas dia memuat naik foto persandingan saya dalam keadaan demikian menerusi Facebook miliknya dengan nama Perjuangan Lensa Ayen,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Katanya yang juga bekerja di sebuah bengkel di Kapar, gambar itu diambil untuk mengabadikan kembali detik perkenalan dan perjalanan sepanjang mengenali isterinya sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan.
“Saya kenal isteri lebih lima tahun dan sepanjang kami berkawan saya melihat dia menerima saya seadanya…orang kata bercinta pun naik motor saja sampailah dah berkahwin pun memang itu saja yang saya ada.
“Saya dan dia (Nurnazirah) banyak berkongsi minat yang sama terutama membabitkan motosikal termasuk berkonvoi motosikal bersama rakan ke Cherating, Pahang dan sebagainya.
“Ketika saya di hospital selama sebulan akibat kemalangan, dia juga banyak berkorban dengan menjaga saya,” katanya.
Katanya, ketika majlis persandingan itu, dia turut meletakkan motosikal miliknya jenis Yamaha 125Z ‘bersanding’ bersamanya dan isteri di atas pelamin.
“Ia dilakukan atas permintaan rakan yang hadir pada hari berkenaan. Biar pun ada antara tetamu jemputan yang agak kurang senang dengan tindakan saya itu namun saya tidak mempedulikannya sebaliknya meneruskan majlis seperti biasa dan meminta jurukamera mengambil beberapa gambar sebagai kenangan.
“Orang kata kalau sidah minat…apa pun sanggup dilakukan,” katanya.
Sementara itu, Nurnazirah berkata, dia mempunyai minat yang sama dengan suaminya selain sudah mengenali Mohamad Ruzaini sejak di bangku sekolah menengah lagi.
“Ketika itu, dia dikenali sebagai ‘mat motor’ dalam kalangan rakan lain. Alhamdulillah, kini usia perkenalan lebih lima tahun dan kami sudah pun disatukan, minat mendalam terhadap motor ni memang tak dapat dipisahkan.
“Jadi, suami ambil keputusan untuk bersanding sambil memakai topi keledar sebagai kenangan yang tidak dapat kami lupakan,” katanya yang juga suri rumah.
Sumber; Harian Metro
Demikianlah Artikel Helmet Shoei dan 125Z atas pelamin: “TOPI keledar ini adalah saksi cinta saya dan isteri”
Anda sekarang membaca artikel Helmet Shoei dan 125Z atas pelamin: “TOPI keledar ini adalah saksi cinta saya dan isteri” dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/helmet-shoei-dan-125z-atas-pelamin-topi.html