link : Hilang 12 Tahun Lalu Di Kepong, Ditemui Di Pulau Tioman Jadi Kereta Bawa Pelancong
Hilang 12 Tahun Lalu Di Kepong, Ditemui Di Pulau Tioman Jadi Kereta Bawa Pelancong
Pada 2005 lalu sebuah kenderaan empat roda di laporkan hilang di Kepong, Selangor, namun akhirnya selepas 12 tahun ia telah dijumpai di Pulau Tioman, lapor Projek MMO.
Kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm itu ditemui oleh pihak polis ketika pemeriksaan rawak dalam Op Lejang Khas pada 22 Julai lalu.
Ketua polis daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor berkata,seorang lelaki berusia 30-an ditahan berhampiran Terminal Jeti Kampung Tekek sekitar jam 1.40 petang.
Suspek yang ditahan ketika memandu kenderaan itu menjalankan pekerjaan membawa pelancong.
“Suspek kini masih direman manakala hasil semakan mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Kepong, Selangor pada 2005,” katanya.
Pemilik sebenar kenderaan berkenaan telah dimaklumkan dengan penemuaan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor. - Siakapkeli.my
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Hilang 12 Tahun Lalu Di Kepong, Ditemui Di Pulau Tioman Jadi Kereta Bawa Pelancong
Anda sekarang membaca artikel Hilang 12 Tahun Lalu Di Kepong, Ditemui Di Pulau Tioman Jadi Kereta Bawa Pelancong dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/hilang-12-tahun-lalu-di-kepong-ditemui.html