link : Ho Meng Pemangku 7-Eleven M’sia 1 Ogos Ini
Ho Meng Pemangku 7-Eleven M’sia 1 Ogos Ini
KUALA LUMPUR – 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (SEM) Ho Meng sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa pada 1 Ogos, 2017, bagi menggantikan Gary Thomas Brown.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, rangkaian kedai serbaneka terbesar itu berkata Brown, 58, telah meletak jawatan atas alasan peribadi.
Ho yang menyandang jawatan Pengarah Bukan Eksekutif SEM ketika ini, akan dibantu oleh Timbalan CEO, Hishammudin Hasan.
“Pihak Lembaga Pengarah ingin merakamkan ucapan terima kasih untuk Brown di atas sumbangannya kepada SEM dan semoga beliau terus berjaya pada masa depan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan berasingan.
Sementara itu di Bursa Malaysia, 7-Eleven ditutup satu sen lebih rendah kepada RM1.38 hari ini dengan sejumlah 64,900 unit saham berpindah tangan.
– BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Ho Meng Pemangku 7-Eleven M’sia 1 Ogos Ini
Anda sekarang membaca artikel Ho Meng Pemangku 7-Eleven M’sia 1 Ogos Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ho-meng-pemangku-7-eleven-msia-1-ogos.html