Hotel, Restoran Wajib Pamer Harga Rangkum Cukai

Hotel, Restoran Wajib Pamer Harga Rangkum Cukai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hotel, Restoran Wajib Pamer Harga Rangkum Cukai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hotel, Restoran Wajib Pamer Harga Rangkum Cukai
link : Hotel, Restoran Wajib Pamer Harga Rangkum Cukai

Baca juga


Hotel, Restoran Wajib Pamer Harga Rangkum Cukai

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mewajibkan iklan perkhidmatan restoran dan hotel mempamerkan harga terangkum cukai agar pengguna tidak tertipu serta mendapatkan keadilan semasa membuat pembayaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata langkah itu perlu kerana ada peniaga mengenakan caj tersembunyi kepada pengguna.

“Kalau pengguna tengok iklan barang berharga RM100, mereka akan bayar RM100. Semua caj termasuk GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) serta caj perkhidmatan sudah termasuk dan tidak ada lagi caj tersembunyi,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu akan dilakukan menerusi pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan 2011 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat dua hari lalu dan dijangka dibentang untuk bacaan kali kedua serta dibahaskan selewat-lewatnya Selasa ini.

Katanya antara pindaan yang dibuat ialah mengenakan denda RM100,000 kepada peniaga yang melanggar peraturan itu.

“Mereka (peniaga) dibenarkan untuk mempamerkan pecahan harga pada resit mengikut Akta Kastam,” katanya.

Hamzah berharap akta itu diluluskan pada persidangan parlimen yang sedang berlangsung agar  dapat dikuatkuasakan menjelang akhir tahun ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya akan mengumumkan tarikh pewartaan Akta Jualan Kredit yang diluluskan pada sesi parlimen lalu beberapa bulan lagi. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hotel, Restoran Wajib Pamer Harga Rangkum Cukai

Sekianlah artikel Hotel, Restoran Wajib Pamer Harga Rangkum Cukai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hotel, Restoran Wajib Pamer Harga Rangkum Cukai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/hotel-restoran-wajib-pamer-harga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :