link : Husam Musa sebagai MB Kelantan sekadar cadangan peribadi Kit Siang - Salahuddin
Husam Musa sebagai MB Kelantan sekadar cadangan peribadi Kit Siang - Salahuddin
Katanya, cadangan Penasihat DAP itu tidak mewakili suara PH secara seluruhnya dan ia terpulang kepada sesiapa untuk menamakan mana-mana individu.
“Ia hak masing-masing, biasalah bercakap dalam ceramah.
“Kita pun tidak terikat dengan pandangan itu melainkan nanti setelah berlakunya PRU, kita akan pastikan siapa yang mendapat majoriti itulah yang akan diberikan tanggungjawab,” katanya dalam sidang media parti itu di ibu pejabat mereka di sini, hari ini.Malah menurut Salahuddin, ada lagi beberapa calon di Kelantan yang dilihat berkelayakan untuk menduduki kerusi itu.
Katanya, apa yang lebih penting ketika ini adalah untuk berusaha sebaik mungkin menjalankan tanggungjawab kepada parti, pakatan dan juga rakyat supaya rakyat yakin dengan PH.
Cadangan Kit Siang menamakan ADUN Salor itu sebagai calon terbaik Menteri Besar Kelantan itu disuarakan dalam majlis sambutan Aidilfitri DAP cawangan Suara Muda, Kebun Sultan dan Gajah Mati di Kota Bharu pada Khamis.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Husam Musa sebagai MB Kelantan sekadar cadangan peribadi Kit Siang - Salahuddin
Anda sekarang membaca artikel Husam Musa sebagai MB Kelantan sekadar cadangan peribadi Kit Siang - Salahuddin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/husam-musa-sebagai-mb-kelantan-sekadar.html