link : “Ianya Berlaku Tanpa Sengaja, Dan Saya Sendiri Pun Tidak Sedar Ianya Berlaku.” Nelydia Senrose
“Ianya Berlaku Tanpa Sengaja, Dan Saya Sendiri Pun Tidak Sedar Ianya Berlaku.” Nelydia Senrose
Perkara tak sengaja tak perlu diperbesarkan. (Gambar: Mohamad Bakar)
Panas memang panas apabila video yang dimuat naik pelakon berdarah campuran Melayu dan Uzbekistan, Daler Yusuf menjadi viral. Video berkenaan yang memaparkan Daler secara tidak sengaja terpegang bahagian buah dada Nelydia terus mengundang kecaman dan kritikan netizen.
Video itu sebenarnya memperlihatkan sebahagian babak ketika Daler sedang membonceng motosikal yang ditunggang Nelydia menerusi drama Encik Suami Mat Salih Celup yang hangat ditayangkan di TV3.
Daripada sudut lain, ia sebenarnya turut memberi tempias kepada drama itu sendiri sekali gus membuatkan ramai yang terus mahu menontonnya.
Selepas Daler membuat permohonan maaf kepada peminat yang barangkali tersinggung dengan insiden itu, Daler secara peribadi juga turut membuat langkah pantas untuk memohon maaf kepada Nelydia.
Kini giliran Nelydia pula menyuarakan isi hatinya kepada Rojak Daily Kaw!
“Insiden itu berlaku secara tak sengaja. Ketika penggambaran, itulah kali pertama saya menunggang motosikal bagi menjayakan babak itu. Jadi bayangkanlah orang yang kali pertama menunggang motosikal, pasti macam-macam benda berlegar dalam kepala. Memang hakikatnya, macam-macam jugalah yang membuat perasaan saya jadi bercampur baur ketika itu.
“Saya begitu gementar dan dalam masa sama takut kerana babak itu membabitkan keselamatan diri dan orang lain termasuk Daler. Tak lupa jurukamera yang berada di depan saya dan Daler.
“Saya memang terlalu berjaga-jaga dan berhati-hati ketika menunggang motosikal itu sehingga hilang kawalan diri. Saya memberhentikan (menekan brek) motosikal itu secara mengejut selepas menyedari ada bonggol di depan jalan hingga berlakulah insiden terbabit. Jujur saya langsung tidak menyedari akan hal itu,” kata Nelydia.
Percaya kepada diri sendiri perlu move on, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia binti Nik Sen itu tidak mahu terus larut dengan perkara terbabit.
“Daler pun sudah menghubungi saya untuk meminta maaf. Saya pun tak ambil pusing perkara itu. Ia memang bukan salah dia dan semuanya hanya salah faham. Apa yang terjadi di luar kawalan diri saya dan dia.
“Saya pun tak tahu sama ada insiden itu benar- benar seperti yang disangka ramai yakni seolah olah Daler terpegang dada saya atau mungkin hanya sudut pandang daripada video itu,” katanya.
Sebelum ini, Daler sendiri sudah memohon maaf di atas khilaf yang terjadi tanpa disengajakan itu.
"Saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu.
"Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video itu," katanya.
Daler sendiri tidak menyangka video berdurasi kurang seminit itu menjadi viral sebaik saja dia memuat naik di laman Instagram.
"Memang tak sangka video yang saya muat naik tempoh hari boleh menjadi viral dan menerima banyak kecaman daripada netizen.
"Niat saya berkongsinya di Instagram hanya untuk mempromosikan salah satu babak menarik dalam drama itu.
"Terus-terang saya sendiri tak sedar babak akhir dalam video tersebut ada insiden itu. Selepas ini memang saya kena berhati hati supaya tidak mengundang lagi perkara sama,” katanya.
Drama Encik Suami Mat Salih Celup menyaksikan kali pertama Daler dan Nelydia bergandingan sebagai teraju utama.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Ianya Berlaku Tanpa Sengaja, Dan Saya Sendiri Pun Tidak Sedar Ianya Berlaku.” Nelydia Senrose
Anda sekarang membaca artikel “Ianya Berlaku Tanpa Sengaja, Dan Saya Sendiri Pun Tidak Sedar Ianya Berlaku.” Nelydia Senrose dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ianya-berlaku-tanpa-sengaja-dan-saya.html