link : Inilah Pasangan Gay Yang Pertama Selamat ‘Diijabkabul’ kan
Inilah Pasangan Gay Yang Pertama Selamat ‘Diijabkabul’ kan
Sejak dahulu lagi, perhubungan sesama sejenis sememangnya sukar untuk diterima oleh mana-mana tamadun di dunia dan menurut Al-Quran, kaum Sodom yang mengamalkan hubungan sejenis semasa mereka telah dilaknat oleh Allah SWT dan ditimpakan malapetaka yang dahsyat sekali bagi membalas perbuatan terkutuk mereka itu.
Namun anehnya, sejak kebelakangan ini, kelakuan gay ataupun golongan LGBT ini seperti mendapat sokongon hidden hands yang ‘merestui’ perbuatan mereka dengan melaungkan kempen-kempen yang menyatakan sokongan kepada golongan LGBT ini.
Terbaru, seorang lelaki Muslim yang berasal daripada Britain ini dikatakan telah mencatat rekod menjadikan beliau lelaki Muslim yang pertama selamat ‘diijabkabul’-kan di dunia.
Jahed Choudhury, 24 telah berkahwin dengan pasangannya, Sean Rogan setelah bercinta selama dua tahun. Jahed mula mengenali pasangannya Sean dua tahun lepas semasa sedang murung dan bersendirian di sebuah pantai setelah mengalami tekanan yang teruk akibat dibuli oleh rakan-rakan.
Selain menjadi lelaki Muslim yang pertama ‘diijabkabulkan’ di dunia, pasangan Jahed dan Sean turut mencatatkan rekod apabila menjadi lelaki yang pertama berkahwin dengan lelaki lain secara terbuka di Britain.
Jadi adakah ‘kejayaan’ mereka ini bakal memberikan inspirasi kepada golongan LGBT lain di dunia, khususnya di kalangan orang Islam yang lain?
Sama-samalah kita berdoa meminta supaya dijauhkannya.
Demikianlah Artikel Inilah Pasangan Gay Yang Pertama Selamat ‘Diijabkabul’ kan
Anda sekarang membaca artikel Inilah Pasangan Gay Yang Pertama Selamat ‘Diijabkabul’ kan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/inilah-pasangan-gay-yang-pertama.html