Inisiatif SL1M kurangkan pengangguran jadi rujukan dunia

Inisiatif SL1M kurangkan pengangguran jadi rujukan dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Inisiatif SL1M kurangkan pengangguran jadi rujukan dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Inisiatif SL1M kurangkan pengangguran jadi rujukan dunia
link : Inisiatif SL1M kurangkan pengangguran jadi rujukan dunia

Baca juga


Inisiatif SL1M kurangkan pengangguran jadi rujukan dunia

PUTRAJAYA: Keunikan kerjasama kerajaan dan syarikat swasta yang diamalkan dalam Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) kini menjadi rujukan dunia.

Ketua Sekretariat SL1M Norashikin Ismail berkata, inisiatif itu dilihat langkah terbaik dalam menangani isu pengangguran terutama di kalangan pencari kerja muda.

Jelasnya, inisiatif itu sekali gus membantu mengasah dan menggilap bakat pelatih dan membantu meningkatkan sosioekonomi mereka sendiri.

"Untuk program SL1M setiap syarikat akan merekrut sendiri, menemuduga sendiri dan akan melatih pelajar ini untuk perbaiki komunikasi, pemikiran kreatif, sahsiah dan ia ditanggung oleh pemain industri berkenaan.

"Selepas itu mereka akan diletakkan di dalam syarikat bersama mentor masing-masing dan sekiranya bagus akan diserap terus. Namun jika tidak, ilmu mereka sudah cukup untuk bersaing di dalam pasaran kerja.

"Selama mereka berada di dalam syarikat dan dibayar sepenuhnya syarikat berkenan, tidak ada sedikit pun bantuan daripada kerajaan," katanya semasa sidang media SL1M di sini hari ini.

BACA: Graduan SL1M jangan risau jika pilihan pertama kerja ditolak

BACA: PM Najib gesa syarikat senaraian awam sertai SL1M

Norashikin mengulas kehadirannya semasa mewakili negara di The Hague di United Nation Public Service Forum 2017 (UNPSF2017) pada 22 sehingga 23 Jun lepas.

UNPSF2017 dengan tema 'Pengwujudan Pekerjaan dan kemakmuran' itu memberi fokus kepada kerjasama antara kerajaan dan syarikat swasta berlandaskan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Progran itu dianjurkan bersama Kementerian Dalam Negeri dan Hubungan Antarabangsa Belanda dan juga bahagian Pentadbiran Awam dan Pengurusan Pembangunan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tujuan forum itu diadakan adalah bagi menghimpunkan wakil-wakil kerajaan dari seluruh dunia untuk berkongsi pendekatan inovatif dalam membantu golongan terpinggir dalam misi mencapai Agenda 2030.

Ia memfokuskan pembangunan mampan dalam menghadapi arus pembangunan pesat selain kekangan sumber yang semakin berkurang.

Jelasnya lagi, inisiatif itu sekali gus dapat mengurangkan kadar pengangguran negara.

"Sehingga April lepas, seramai lebih 120,000 graduan telah berjaya dibantu untuk mendapatkan pekerjaan," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa syarikat senaraian awam dapat mengambil bahagian dalam SL1M.

Ia antara lain adalah bagi memastikan syarikat-syarikat itu menyumbang semula kepada masyarakat dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Inisiatif SL1M kurangkan pengangguran jadi rujukan dunia

Sekianlah artikel Inisiatif SL1M kurangkan pengangguran jadi rujukan dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Inisiatif SL1M kurangkan pengangguran jadi rujukan dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/inisiatif-sl1m-kurangkan-pengangguran.html

Subscribe to receive free email updates: