Israel Akur Henti Guna Pengesan Logam Di Masjid Al-Aqsa

Israel Akur Henti Guna Pengesan Logam Di Masjid Al-Aqsa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Israel Akur Henti Guna Pengesan Logam Di Masjid Al-Aqsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Israel Akur Henti Guna Pengesan Logam Di Masjid Al-Aqsa
link : Israel Akur Henti Guna Pengesan Logam Di Masjid Al-Aqsa

Baca juga


Israel Akur Henti Guna Pengesan Logam Di Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS – Israel akhirnya menghentikan penggunaan pengesan logam di pintu masuk Masjid al-Aqsa, Palestin.

Menerusi satu kenyataan hari ini, langkah itu diambil selepas usaha diplomasi antarabangsa yang mahu menghentikan rusuhan yang berlaku daripada merebak.

Kabinet keselamatan Israel menerima cadangan untuk menukar penggunaan pengesan logam kepada pemeriksaan keselamatan berdasarkan teknologi canggih dan cara lain, kata kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Selepas keputusan itu diumumkan, beberapa ratus penduduk Palestin berkumpul untuk meraikannya.

Sebelum itu, beberapa pekerja mula menanggalkan pengesan logam yang dipasang.

Butiran mengenai teknologi canggih yang didakwa itu masih belum jelas walaupun masih terdapat kamera dipasang di pintu masuk Masjid al-Aqsa.

Ia juga tidak jelas sama ada langkah itu akan diterima oleh penduduk Islam.

Ketegangan antara rakyat Palestin dan rejim Zionis tercetus pada 14 Julai lalu apabila larangan menunaikan solat Jumaat dikenakan Israel terhadap seluruh Muslim.

Larangan berkenaan ditarik balik dua hari kemudian namun pihak rejim menguatkuasakan kawalan keselamatan dengan mengarahkan semua Muslim melalui pagar elektronik di setiap pintu masuk masjid suci itu.

Sebagai tanda protes, rakyat Palestin menunaikan solat di luar masjid berkenaan.

Pihak berkuasa Israel sebelum ini mendakwa pengesan logam diperlukan bagi mengelak penyeludupan senjata.

Keadaan itu menjadi tegang sehingga menyebabkan lima rakyat Palestin terkorban.

Tiga warga Israel juga terbunuh apabila seorang remaja Palestin menyelinap ke sebuah rumah di Tebing Barat dan menikam mereka.

Keputusan untuk mengalihkan pengesan logam dibuat selepas Raja Jordan, Raja Abdullah II mengadakan pertemuan dengan Netanyahu. -Agensi

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Israel Akur Henti Guna Pengesan Logam Di Masjid Al-Aqsa

Sekianlah artikel Israel Akur Henti Guna Pengesan Logam Di Masjid Al-Aqsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Israel Akur Henti Guna Pengesan Logam Di Masjid Al-Aqsa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/israel-akur-henti-guna-pengesan-logam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :