link : Israel Hapus Langkah Keselamatan Yang Diperkenalkan Di Jerusalem
Israel Hapus Langkah Keselamatan Yang Diperkenalkan Di Jerusalem
Pemimpin agama Palestin berkata penyokong seharusnya sudah boleh mengakhiri dari memboikot tempat suci itu.
Pagar dan perancah telah dialihkan pada pagi Khamis, dua hari selepas pengesan logam diambil.
Krisis itu meletus selepas pembunuhan dua orang anggota polis Israel di kawasan berhampiran oleh Arab Israel, hampir dua minggu lalu.
Israel mengatakan akan memperkenalkan langkah-langkah keselamatan yang tidak begitu menonjol dalam tempoh enam bulan akan datang.
Hampir setiap hari terdapat pertempuran antara pasukan keselamatan Israel dan penunjuk perasaan sejak pengesan logam diperkenalkan, berikutan pembunuhan anggota polis pada 14 Julai lalu. Yang berlaku berhampiran tapak yang dipanggil Yahudi sebagai Gunung Kuil dan Muslim sebagai Haras al-Sharif.
Empat orang Palestin terbunuh dan tiga orang awam Israel ditikam mati oleh seorang Palestin, yang mengatakan dia menuntut tindakan Israel di lokasi tersebut.
Pemimpin politik dan agama Palestin, bertemu pagi tadi untuk memutuskan sejauh mana konsesi Israel itu boleh pergi.
Israel berkata langkah keselamatan diperlukan kerana senjata yang digunakan untuk membunuh polis telah diseludup ke tapak suci.
Palestin sangat membantah akan tindakan tersebut, kerana melihatnya sebagai percubaan Israel untuk menguasai kompleks tersebut.
Sumber: BBC
- Siakap Keli
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Israel Hapus Langkah Keselamatan Yang Diperkenalkan Di Jerusalem
Anda sekarang membaca artikel Israel Hapus Langkah Keselamatan Yang Diperkenalkan Di Jerusalem dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/israel-hapus-langkah-keselamatan-yang.html