Isu Pegang Anjing Ketika Bergambar Hari Raya - Ini Penjelasan Sebenar Dari Salah Seorang Ahli Keluarga Terbabit

Isu Pegang Anjing Ketika Bergambar Hari Raya - Ini Penjelasan Sebenar Dari Salah Seorang Ahli Keluarga Terbabit - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Pegang Anjing Ketika Bergambar Hari Raya - Ini Penjelasan Sebenar Dari Salah Seorang Ahli Keluarga Terbabit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Pegang Anjing Ketika Bergambar Hari Raya - Ini Penjelasan Sebenar Dari Salah Seorang Ahli Keluarga Terbabit
link : Isu Pegang Anjing Ketika Bergambar Hari Raya - Ini Penjelasan Sebenar Dari Salah Seorang Ahli Keluarga Terbabit

Baca juga


Isu Pegang Anjing Ketika Bergambar Hari Raya - Ini Penjelasan Sebenar Dari Salah Seorang Ahli Keluarga Terbabit

Semua orang biasanya akan memuat naik gambar-gambar mereka ketika sedang berhari raya atau memakai pakaian Hari Raya ke laman sosial dengan tujuan untuk berkongsikan kegembiraan bersama rakan-rakan sosial. Apabila telah disiarkan ke media sosial pasti mengundang berbagai pendapat dan komen dari netizen.

Terbaru satu gambar yang dikatakan unik telah dikongsikan ke laman sosial Facebook yang turut menarik perhatian orang ramai sehingga menyebabkan gambar berkenaan tersebar dengan meluas kerana paparan gambar berkenaan dikatakan jarang dilakukan oleh orang ramai terutamanya orang Islam.

Gambar tersebut memaparkan satu keluarga dengan lengkap berpakaian baru ketika menyambut Hari Raya sedang bergambar dengan seekor anjing yang berwarna hitam, malah turut kelihatan dua daripada ahli keluarga berkenaan kelihatan sedang menyentuh haiwan tersebut.

Menurut laporan, gambar tersebut sebenarnya telah jadi viral tidak lama dahulu dan keluarga terbabit dikatakan hanya mendiamkan diri dengan tidak melayan kata-kata serta kecaman netizen.

Walau bagaimanapun, perkara ini telah menarik perhatian seorang aktivis yang terkenal iaitu Syed Azmi yang turut mendapatkan beberapa komen dari ahli keluarha berkenaan. Berikutnya adalah perkongsiannya bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada netizen.


Oleh: Syed Azmi

Hello Assalammualaikum Syed Azmi, keluarga saya berterima kasih kerana hormat privasi kami dengan meminta izin terlebih dulu sebelum berkongsi gambar raya kami. Mereka cakap ok, tetapi ada beberapa perkara yang awak kena tahu, gambar raya ini diambil pada tahun 2014.

Ia viral pada syawal kedua tahun yang sama selepas adik perempuan saya menyiarkannya di Instagramnya. Jadi kali pertama ia viral, netizen mula bash kami tapi kami tak hiraukan mereka dan tidak lama lepas tu, isu itu makin senyap. Saya rasa setiap tahun ada orang kongsi foto ini tapi tidak sebesar seperti kali pertama, tapi tahun ini lebih kecoh berbanding tahun sebelumnya.

Seperti yang saya sebutkan tadi, kami mempunyai rottweiler di kampung untuk tujuan menjaga rumah. Ibu bapa saya tinggal bersendirian, kami semua tidak berada di kampung dengan mereka.

Ayah saya sebelum ini pasang penggera perimeter dan CCTV namun kecurian masih berlaku, dan rakaman CCTV yang ditunjukkan kepada polis tidak membantu. Jadi ayah saya memutuskan untuk mendapatkan rottweiler, dan kecurian tak lagi berlaku.

Jadi kami ada sebab kami sendiri, orang akan mengata apa saja yang mereka nak dan sebenarnya susah untuk yakinkan orang ramai. Tapi tak mengapa kerana kami percaya Allah tahu. Sebab itulah kami hanya diam dan abaikan segala-galanya, tak ada gunanya cuba meyakinkan orang.

Rottweiler dalam foto bernama Dino, sebenarnya tak lagi dengan kami, dia berkhidmat dengan baik. Kini kami ada rottweiler baru di rumah bernama David dan kami sayang dia sama seperti Dino.

Arwah datuk saya adalah seorang Cina Muslim, dia mempunyai anjing ketika saya sangat kecil tapi bila anjing itu mati, dia sudah tak membela anjing lain. Jadi kami semua tidak biasa mempunyai anjing kecuali ayah saya.

Kami semua pencinta kucing, jadi apabila saya tahu berkenaan acara IWTTAD saya membawa anak-anak saya bersama supaya mereka tidak jadi seperti saya dan kami dapat banyak input semasa acara tersebut. Sekarang, saya ada beri makan anjing-anjing liar dan tidak takut kepada mereka seperti sebelumnya.

Saya rasa itu saja, terima kasih sekali lagi kerana cuba untuk hubungi kami. Ia mungkin tak sesuai untuk semua menerima tentang perkara ini. Bagi saya, ia sesuatu yang indah.

Terima kasih kerana memberi saya peluang berkongsi cerita ini. Semoga Allah memberkati kamu semua.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Isu Pegang Anjing Ketika Bergambar Hari Raya - Ini Penjelasan Sebenar Dari Salah Seorang Ahli Keluarga Terbabit

Sekianlah artikel Isu Pegang Anjing Ketika Bergambar Hari Raya - Ini Penjelasan Sebenar Dari Salah Seorang Ahli Keluarga Terbabit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Pegang Anjing Ketika Bergambar Hari Raya - Ini Penjelasan Sebenar Dari Salah Seorang Ahli Keluarga Terbabit dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/isu-pegang-anjing-ketika-bergambar-hari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :