Jabatan Berisiko Rasuah Wajar Tandatangani IBR

Jabatan Berisiko Rasuah Wajar Tandatangani IBR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Berisiko Rasuah Wajar Tandatangani IBR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Berisiko Rasuah Wajar Tandatangani IBR
link : Jabatan Berisiko Rasuah Wajar Tandatangani IBR

Baca juga


Jabatan Berisiko Rasuah Wajar Tandatangani IBR

KANGAR – Ikrar Bebas Rasuah (IBR) wajar dimeterai oleh setiap jabatan dan agensi kerajaan termasuk swasta khususnya organisasi yang berisiko sebagai menyokong usaha menghapuskan amalan rasuah di negara ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis,  Yaacop Angah berkata kesanggupan agensi atau pihak yang menandatangani IBR perlu dipuji kerana menunjukkan mereka komited terhadap amalan berintegriti.

“Sebaiknya semua agensi harus tampil menandatangani IBR ini. Sepatutnya jabatan yang melibatkan pengurusan kewangan dan aset termasuk projek yang berkapasiti besar perlu terpanggil untuk melakukannya.

Apabila integriti menjadi amalan ia memaparkan ketelusan sesebuah agensi itu kerana rasuah ini ada di mana-mana apabila ada ruang dan peluang dan hanya yang berintegriti yang mampu menolak rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPRM Perlis di Bangunan Persekutuan di sini hari ini. — LAGI

Yaacop berkata beliau amat berbangga kerana Kerajaan Negeri Perlis merupakan negeri yang keempat menyahut saranan melaksanakan IBR.

Bagaimanapun SPRM masih berharap dan menyeru agar setiap jabatan dan agensi di negeri ini khususnya tidak memandang remeh perkara berkaitan integriti dalam memerangi rasuah, katanya.

Menurut Yaacop, secara keseluruhannya beliau mengakui masih sedikit jabatan yang menyahut saranan untuk melaksanakan  IBR di negeri ini, tetapi jabatan yang ada menyuarakan untuk melaksanakan IBR agak menggalakkan.

“Tidak sampai 10 peratus yang sudah melaksanakan IBR di negeri ini jika dibandingkan dengan hampir  lebih 70 agensi yang wujud di negeri ini.

Bagaimanapun jika agensi berkepentingan di negeri ini iaitu MPK (Majlis Perbandaran Kangar), SUK, (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan MAIPs (Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis) sudah melakukan IBR, yang lain diharap akan mencontohi,” katanya.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jabatan Berisiko Rasuah Wajar Tandatangani IBR

Sekianlah artikel Jabatan Berisiko Rasuah Wajar Tandatangani IBR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Berisiko Rasuah Wajar Tandatangani IBR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jabatan-berisiko-rasuah-wajar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :