Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Arah DAP Buat Pemilihan Semula.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Arah DAP Buat Pemilihan Semula. - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Arah DAP Buat Pemilihan Semula., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Arah DAP Buat Pemilihan Semula.
link : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Arah DAP Buat Pemilihan Semula.

Baca juga


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Arah DAP Buat Pemilihan Semula.


PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC). Ketua Pengarah Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata arahan dibuat ekoran perlantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama DAP pada 29 September 2013 dianggap tidak sah dari segi undang-undang, bersabit dengan aduan yang dibuat oleh ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses pemilihan CEC yang dijalankan ketika itu. 

“Pemilihan semula yang diadakan tersebut sepatutnya berdasarkan senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC bertarikh 15 Disember 2012, iaitu melibatkan 2576 perwakilan dari 865 buah cawangan. 

“Justeru, JPMM mengambil pendirian supaya DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC baru yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 orang anggota CEC diiktiraf,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohammad Razin mengesahkan JPPM bertemu dan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum melakukan keputusan ini. “Beliau menyarankan supaya apa juga tindakan diambil oleh JPPM hendaklah berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan parti DAP itu sendiri. 

“JPPM ingin menegaskan bahawa arahan dikeluarkan kepada DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu untuk memilih 20 anggota yang sah, berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan parti DAP untuk membolehkan pemilihan ini diiktiraf JPPM,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo mendakwa JPPM sendiri mengakui CEC yang dipilih pada 29 September 2013 boleh melaksanakan semua kuasa, fungsi dan tugas mengikut perlembagaan parti. 

“CEC mentadbir parti sejak 4 tahun lalu tanpa sebarang arahan daripada JPPM,” kata Gobind 2 Julai lepas. Beliau ketika itu menjawab Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang berkata DAP tidak pasti akan dibenarkan menggunakan logo roket pada pilihan raya umum akan datang kerana CEC tidak diiktiraf JPPM. 

Gobind mendakwa Tengku Sariffuddin mendapat fakta salah kerana perkara itu sudah diselesaikan di mahkamah pada 2014, dan JPPM melalui peguam mengakui apa yang dinyatakan dalam surat kepada DAP sekadar nasihat dan tidak sah dilaksanakan ke atas parti itu. 

Pada 17 April 2013, 3 minggu sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei, JPPM menghantar sepucuk surat kepada DAP menyatakan CEC baharu parti itu tidak diiktiraf disebabkan pertikaian berhubung pemilihan parti. Bagaimanapun, JPPM mengeluarkan sepucuk lagi surat pada 19 April memaklumkan parti itu dibenar menggunakan logo roketnya pada PRU. 

Pada 22 Januari 2014, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi pihak parti itu dengan menyatakan JPPM tiada kuasa di bawah Akta Pertubuhan 1966 untuk menafikan pengiktirafan CEC yang dipilih semula pada 29 September 2013. DAP menarik balik permohonan itu pada 23 September 2014, susulan pengiktirafan JPPM terhadap CEC dipilih semula itu dan pendiriannya yang kenyataan berhubung perkara itu sekadar nasihat dan tidak sah. #sumber


Demikianlah Artikel Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Arah DAP Buat Pemilihan Semula.

Sekianlah artikel Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Arah DAP Buat Pemilihan Semula. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Arah DAP Buat Pemilihan Semula. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jabatan-pendaftaran-pertubuhan-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates: