Janda Tertikam Diri Sendiri Semasa Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun

Janda Tertikam Diri Sendiri Semasa Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Janda Tertikam Diri Sendiri Semasa Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Janda Tertikam Diri Sendiri Semasa Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun
link : Janda Tertikam Diri Sendiri Semasa Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun

Baca juga


Janda Tertikam Diri Sendiri Semasa Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Sejak kebelakangan ini, kes jenayah terhadap kaum wanita saban hari semakin bertambah. Oleh itu, wanita zaman sekarang harus pandai lindungi diri, apa lagi kalau sudah masuk urusan hidup atau mati.



Namun, pastikan cara kita lindungi diri itu cara yang betul supaya nyawa kita tidak terkorban semasa melarikan diri dari bahaya. Kalau tidak jadilah keadaan yang tidak diingini.

Sumber : New Straits Times

Kelmarin, seorang janda berumur 25 tahun telah tertikam diri sendiri semasa bertengkar dengan kekasihnya yang baru saja berumur 16 tahun oleh kerana cemburu, lapor New Straits Times.  

Dikatakan sebelum kejadian tersebut, wanita itu telah menghubungi rakan lelakinya dengan harapan lelaki tersebut dapat membantu menghantarnya ke Pulau Pinang kerana dia ingin melawat bapanya yang sakit.

Sekitar jam 3.30 pagi, mangsa, Nor Shazuani Zainol berada di rumah kediamannya di Taman Desa, Kubang Rotan, Alor Setar sebelum kekasihnya datang ke rumah untuk berjumpa dengannya.

Sumber : Astro Awani

Ketika itu, kekasihnya terbaca perbualan antara Shazuani dan juga rakannya itu dan terus menuduh wanita tersebut telah berlaku curang. Mereka terus bertikam lidah sebelum lelaki tersebut bertindak memukulnya.



Oleh kerana tidak tahan dipukul, janda tersebut terus lari ke dapur dan mencapai sebilah pisau untuk mempertahankan dirinya.

Kekasihnya kemudian menghampiri wanita itu untuk merampas pisau tersebut mengakibatkan pergelutan sehingga dia tertikam dadanya sendiri. Lelaki itu pula mengalami kecederaan di tapak tangan belah kiri dan juga bahunya oleh kerana insiden tersebut.

Gambar hiasan

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut terus menghubungi bapa tirinya untuk menolong mereka berdua.

Setibanya di tempat kejadian, bapa tirinya melihat kedua-dua mereka terbaring berlumuran darah dan berada dalam keadaan lemah. Dia terus membawa mereka ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Kini, keadaan wanita itu telah pun stabil dan dia mahu mengakhiri hubungannya bersama lelaki tersebut meskipun baru sebulan bersama.



Saya sudah memaafkan perbuatannya, namun nekad ingin memutuskan hubungan ini,”

Setelah membuat siasatan, rupanya lelaki tersebut disahkan positif dadah jenis syabu dan ditahan selama 4 hari untuk siasatan lanjut.

Sumber : Pressreader.com

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga merupakan anak angkat bapa tiri perempuan itu. Mereka berdua telah lama berkenalan oleh kerana lelaki tersebut tinggal bersama keluarganya.

Semoga kisah ini dijadikan pengajaran bagi semua wanita di luar sana. Jangan cepat percaya orang walaupun kita sudah kenal mereka bertahun lamanya.

Baca : Gadis Ditikam Tiga Kali Oleh Bekas Teman Lelaki Kerana Tidak Puas Hati Hubungan Cinta Berakhir

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Janda Tertikam Diri Sendiri Semasa Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun

Sekianlah artikel Janda Tertikam Diri Sendiri Semasa Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Janda Tertikam Diri Sendiri Semasa Bergaduh Dengan Kekasih Berumur 16 Tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/janda-tertikam-diri-sendiri-semasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :