link : “Jangan main-main dengan soal kematian orang” – Isteri Saleem Iklim, Julia Bachok
“Jangan main-main dengan soal kematian orang” – Isteri Saleem Iklim, Julia Bachok
Isteri penyanyi Saleem, Julia Bachok merayu supaya semua pihak tidak terus membuat spekulasi negatif berkenaan keadaan kesihatan suaminya yang kini dimasukkan di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, Kuala Lumpur.
Menurut Julia, ada juga rakan artis yang menyebarkan berita kematian suaminya secara terbuka di laman sosial.
“Orang sakit, kita sepatutnya mendoakan supaya segera sembuh. Bukannya sebar berita buruk kerana akan membuat pihak lain panik.
“Saya kesal sebab hari ini ramai orang telefon tanya betul ke Saleem sudah meninggal?
“ Saya nak tegaskan. Jangan suka mempermain-mainkan soal kematian orang.
“ Keluarga jadi semakin stress untuk menjawab soalan-soalan ini ditambah dengan keadaan dia yang tidak sihat di hospital sekarang,”kata Julia yang ditemui di PPUKM, hari ini.
Berkenaan sakit sebenar yang dideritai suaminya, kata Julia ia adalah berpunca dari satu ketumbuhan yang muncul di bawah bahagian perut yang dikesan pada Ramadan baru-baru ini.
“Sakit itu kemudian dia demam teruk pada Hari Raya ke-empat dan ini menyebabkan virus juga merebak ke bahagian paru-paru.
“Tekanan darah rendah juga dan demam yang tidak menentu akibat jangkitan kuman itulah yang menyebabkan Saleem di bawah jagaan pakar di PPUKM ini, “ katanya.
Salem dimasukkan ke PPUKM lima hari lalu dan kini berada di bawag jagaan pakar di sini.
Sumber: Utusan Online
Demikianlah Artikel “Jangan main-main dengan soal kematian orang” – Isteri Saleem Iklim, Julia Bachok
Anda sekarang membaca artikel “Jangan main-main dengan soal kematian orang” – Isteri Saleem Iklim, Julia Bachok dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jangan-main-main-dengan-soal-kematian.html