link : “Janganlah Takut Nak Kenal Dengan Saya” – Dayang
“Janganlah Takut Nak Kenal Dengan Saya” – Dayang
PELANTUN lagu Lelaki Teragung, Dayang Nurfaizah memberitahu sehingga kini tiada lelaki yang sudi mendekatinya atau mahu berkenalan dengannya walaupun usianya sudah memasuki 36 tahun.
Menurut Dayang, dia juga sama seperti orang lain yang mahu berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
“Ye la siapa tidak mahu mempunyai teman lelaki dan berkahwin. Tambah pula umur saya dah memasuki 36 tahun. Memang patut dah ada seseorang.
“Tapi nak buat macam mana, tak ada lelaki yang dekati atau cuba nak berkenalan dengan saya.
“Seronok juga tengok orang di sekeliling saya mempunyai keluarga mereka sendiri. Adik saya pun dah berkahwin tahun lalu,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Dayang juga meminta agar mana-mana lelaki yang mahu mendampinginya agar tidak berasa takut hanya kerana dia bergelar selebriti.
“Janganlah takut nak kenal dengan saya. Bukannya saya makan orang pun. Mungkin ada yang melihat saya sebagai seorang selebriti yang sukar untuk didekati.
“Tapi, saya juga sama seperti wanita-wanita lain,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel “Janganlah Takut Nak Kenal Dengan Saya” – Dayang
Anda sekarang membaca artikel “Janganlah Takut Nak Kenal Dengan Saya” – Dayang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/janganlah-takut-nak-kenal-dengan-saya.html