JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan

JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan
link : JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan

Baca juga


JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berhasrat menarik lebih banyak penyertaan malim gunung di negeri ini untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Bomba Bantuan khusus untuk aktiviti mencari dan menyelamat di Gunung Baling dan Gunung Pulai.

Pengarahnya, Abdul Razak Muda berkata ia adalah sebagai persediaan untuk pasukan itu menghadapi sebarang kecemasan dan bertindak dengan lebih cepat memandangkan dua gunung tersebut kini menjadi tumpuan para pendaki gunung selain sudah terjadi beberapa kes seperti sesat, kebakaran dan terjatuh ketika mendaki gunung.

Beliau berkata setakat ini seramai 41 malim gunung telah diberi latihan asas menerusi Search and Rescue Kedah (SARKED) dan penyertaan dalam pasukan Bomba Bantuan akan meningkatkan lagi tahap kemahiran mereka di gunung tersebut.

“Penyertaan mereka dalam pasukan ini juga membolehkan mereka dibayar elaun serta mereka mendapat latihan profesional memandangkan mereka sangat berkemahiran tentang selok belok di gunung tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka JBPM Kedah di Balai Bomba Jalan Tun Razak, di sini hari  ini.

Setakat tahun ini,  JBPM Kedah berjaya mengendaikan tiga kes orang hilang hasil kerjasama dan bantuan malim gunung.

​​​​​​​​​​​​​​Dalam pada itu, Abdul Razak berkata pihaknya akan memperbanyakkan program Bomba Komuniti secara berperingkat memandangkan ketiadaan pengambilan baharu bagi perjawatan bomba sepenuh masa tahun ini.

Ini, katanya, melibatkan pengambilan seramai 168 orang bagi mengisi kekosongan di tujuh balai Bomba dan Penyelamat yang sedang dibina dan akan siap menjelang tahun 2018 di negeri ini.

Program Bomba Komuniti bertujuan untuk memperluaskan kesedaran awam mengenai kepentingan pencegahan kebakaran dan tindakan awal sekiranya berada dalam kecemasan. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan

Sekianlah artikel JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jbpm-kedah-mahu-malim-gunung-sertai.html

Subscribe to receive free email updates: