Jenaka Sarkastik Tahap Gaban Artis Malaya

Jenaka Sarkastik Tahap Gaban Artis Malaya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenaka Sarkastik Tahap Gaban Artis Malaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenaka Sarkastik Tahap Gaban Artis Malaya
link : Jenaka Sarkastik Tahap Gaban Artis Malaya

Baca juga


Jenaka Sarkastik Tahap Gaban Artis Malaya

ARTIS desparado tidak akan peduli berapa harga publisiti. Malah, artis jenis ini akan membeli glamor walaupun harus membayarnya dengan menjual harga diri. Artis desparado akan menjaja apa saja; sama seperti kaki judi atau kaki todi yang sanggup bergadai apa saja di depan kedai pajak atau mengadap warung todi.

Artis terbaik berkarisma dalam kategori seni mahu pun popular, hanya akan muncul setahun sekali. Atau setahun empat lima kali, sebab banyak sangat anugerah yang dilambak dalam industri masa kini.

Sebab era ini, sekali pun kayu, tetapi kalau boleh bercakap – sudah dikira layak menang anugerah. Undi artis mengalahkan calon PRU. Justeru, anugerah jenis undi-undi peminat ini, menciptakan segala macam award. Cara sinikalnya, hingga senarai pemenang award terasa lebih banyak daripada jumlah pesakit kancer.

Sekarang ini, selain cerita sensasi bagi melariskan produk terutama drama bersiri, penerbit dan artis serta stesen TV mula meniru formula K Pop. Nak dapat perhatian dalam perlumbaan, kenalah jaja kow-kow kisah cinta pasangan drama di media baharu.

Viral atau trending kisah acah-acah konon berjodoh sebab cinta lokasi akan memberi pulangan rating yang lumayan. Maka, berguling-gulinglah, cerita cinta rekaan di lokasi dilambakkan di media sosial.

Hero dan heroin akan berlagak poyos, konon couple paling bahagia. Atau acah-acah serasi dan mengharap peminat menyibuk doakan jodoh mereka. Umpan jenis ini mudah mengena untuk mencipta populariti singkat. Malah, ada kalanya, teori ini macam konspirasi berkontrak pula jadinya. Pakatan menjual rating antara stesen TV, penerbit dan artis itu sendiri.

Dalam dunia hiburan, jarang sangat kita nak jumpa benda cerdik. Makin bodoh banyaklah. Sekarang kisah rumahtangga sampai tahap belasah laki bini sampai pecah muka dan pecah pipi pun, boleh dipakai kalau dah desparade tahap gaban untuk mencari perhatian.

Kalau dunia hiburan ibarat sungai, media sosial ibarat perangkap sampah yang penuh dengan berita sensasi artis gaduh sana-sini, atau mencari sensasi yang tidak keruan. Ia seperti kata P. Ramlee: ” Macam Yahudi mabuk todi!”

Ntahlah… menyampah sudah dengan benda-benda murah cap jamban ini. Gambaran IQ industri kita below 100 daaaa…

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jenaka Sarkastik Tahap Gaban Artis Malaya

Sekianlah artikel Jenaka Sarkastik Tahap Gaban Artis Malaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jenaka Sarkastik Tahap Gaban Artis Malaya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jenaka-sarkastik-tahap-gaban-artis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :